header-photo

Sekitar Aidiladha di Kedah

_MG_4983
_MG_4921
_MG_4987
_MG_4946
_MG_4995

Meriah betul sambutan Aidiladha di Kedah. Berbeza dengan negeri kelahiran aku, Melaka. Di sini dibuat kenduri dan jemputan makan. Kenyang perut makan bihun sup, sate, ketupat palas pulut hitam dan nasi berlauk. Satu hari 3 rumah diziarahi. Macam Aidilfitri pula.

_MG_5138

Aidiladha kali ini baru aku mengagumi Big Apple Donuts. Ini produk tempatan tau. Siap dah buka cawangan di Indonesia, Thailand dan China. Kalau dibandingkan dengan Dunkin Donuts, donut buatan Malaysia ini lebih enak dan banyak pilihan selain lembut rotinya.

_MG_5131

Ini satu lagi produk tempatan yang WAJIB dipromosikan. Bukan sekadar produk Muslim, bahkan halalan toyyibban itu penting. Kali ini jugalah aku terasa kenyangnya makanan Radix Fried Chicken Alor Setar (dekat Shahab Perdana) tanpa terasa mual/muak seperti yang biasa dirasakan setiap kali menjamah KFC. Bagi yang belum tahu, semua produk makanannya berasaskan herba organik tanpa bahan kimia perosak badan.

_MG_5210

Hah, ini kawan lama aku. Humaidi namanya. Aku baik dengannya sewaktu di Matrikulasi UIAM. Selepas itu, dia menyepi kerana terpaksa mengubah haluan diri.

_MG_5219

Menjelang hari perkahwinan aku tak lama lagi, kami sekeluarga pergi menjemputlah. Rumah ini pastinya rumah wajib kerana Mak Njang duduk di Kg Bukit, tempat ayah membesar. Memang keadaan di sini 'sangat kampung'. Aku suka suasana nyaman dan kicauan burung serta bunyi-bunyi cengkerik. Mak Njang akan sebar-sebarkan jemputan di kampung ayah nanti.

_MG_5226

Teringat pula pada Mokhzani. Dia tinggal dalam Kg Bukit Lada. Jiranlah tu dengan kampung ayah. Kami pun terjah. Wah, rumahnya lebih kampung daripada kampung ayah. Dalam.. Gelap.. Lampu jalan pun tak ada. Sampai saja rumahnya, terpegun tengok rumahnya yang besar dengan kereta-kereta yang ada. Nak tahu, pergilah ziarah dia. Dia dah ada anak tau, comel lagi.

_MG_5230



8 ulasan:

arsaili berkata...

salam..suka pic yg pertama di anjung...best plak duduk kat anjung cam tu..susah nak cari rumah tradisional cam tuh....

owh tahniah, mabruk! Bila hari bahagia tu bro?

arsaili berkata...

salam..suka pic yg pertama di anjung...best plak duduk kat anjung cam tu..susah nak cari rumah tradisional cam tuh....

owh tahniah, mabruk! Bila hari bahagia tu bro?

Sahalfikri berkata...

arsaili: pakcik tu buat pondok sebnarnya. bukan anjung rumah. tp bila org dtg, lepak kat situ. mmg santai.. tmbah plak pakcik tu kelakar.

bakal menikah tanggal 20-12-09.. ada kat australia, xdpt dtg la tu.

Jogger berkata...

... besh nyer ada kampung

Sahalfikri berkata...

baru je ada kampung.. dulu ada dah, cuma xpergi pun. awat? hang xdak kampung?

K.Fida berkata...

Salam,Lama x bukak blog awak bukak je dengaq dah nak kahwin.. Tahniah....saper yg bertuah tu... Tunjuk le gambaq ckit...

FirJah berkata...

salam suhail..
eh kg ayah awak kat kg bukit dkt dgn bukit payung ker??terus lagi naka, betul tak?? haaa umah saya kat naka.. kalau tau ada kat kedah leh jemput mai umah , dekat dah dgn naka tu..area dia la.. mmg hulu bangat kat situ.. naka pun lagi hulu.. paham ka org kg bukit cakap??
eh ritu saya nampak awak kat umah humaidi tp tak sempat nak tegur.. saya kawan baik dgn adiknya widad...
sekarang kat kedah lagi ker?? nak jemput mai umah pun , saya dah kat trg ni..
eh.. dah nak kawin pun.. tahniah!! siapa bakal suri hati tu?? uia gak??

Muhammad Suhail berkata...

salam.. ya mmg hulu bangat kg ayah. tp diorg ckp masih bole faham slagi x ckp siam. nak menjawabnye yg susah.. kekok plak cakap bahasa standard. ya, bakal isteri pun uia. tp baru saja habis belajar di uia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...