Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?
Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan kerana ia bukan harta pusaka.
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))
2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?
Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Diterima mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)
3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?
Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))
4. Pesara atau penerima pencen dipenjarakan, adakah pencen dihentikan?
Ya – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan. Walau bagaimanapun, Elaun Tanggungan boleh dipertimbangkan kepada tanggungan yang layak.
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))
5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?
Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)
6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?
Ya – tetapi hanya setakat baki tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))
7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?
Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama. Anak yang sudah mencapai 21 tahun semasa kematian pegawai/pesara tidak layak, kecuali anak cacat [OKU otak, anggota atau mental (teruk)]
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))
8. Jika suami iaitu pesara, meninggal dunia, isterinya akan menerima pencen terbitan. Bagaimana jika kemudian isterinya itu berkahwin dengan suami baharu, adakah pencen terbitannya masih terus diberikan?
Ya, pencen terbitan dibayar kepada pasangan sepanjang hayat pasangan (balu/duda) dengan syarat, perkahwinan mereka dahulu berlaku semasa pegawai masih sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun, pasangan pesara itu sudah tidak layak lagi menikmati kemudahan perubatan atas kapasiti pasangan pesara, kecuali suami baharunya itu juga merupakan pegawai awam atau pesara.
9. Adakah benar terdapat anggota/pesara yang menerima pencen penuh iaitu kadar pencennya sama seperti gajinya yang terakhir sebelum bersara?
Tidak benar sama sekali. Semua anggota berpencen hanya layak menerima pencen maksimum sebanyak 60% daripada gaji akhirnya sahaja.
10. Dengan cerita tiada lagi kenaikan pencen selepas PRU14, betul kah?
Tidak mungkin berlaku. Kenaikan pencen sebanyak sebanyak 2% telah diperkenalkan sejak tahun 2013 dan masih diteruskan pada tahun 2019 dan tahun-tahun mendatang.
Untuk pertanyaan lanjut juga, boleh hubungi 03-8887 8777 atau emailkan kepada mypesara@kwap.gov.my
Sumber asal:
https://www.facebook.com/204379469651454/posts/2050186765070706/