Anak adalah permata hati yang tidak boleh dibeli dan ditukar ganti. Mereka adalah anugerah paling bernilai. Mereka jugalah harta kita yang kekal bermanfaat untuk kita dunia dan akhirat selagi dididik dengan nilai agama.
Masalahnya hari ini, penjenayah langsung tak hargai anugerah ini. Apa mereka ini tak ada anak? Ataukah mereka tak sedar mereka adalah anak kepada mak ayahnya?
Kenapalah sewenang-wenang mereka menculik, merogol, membunuh, atau membakar permata hati orang lain? Nurin Jazlin hingga kini tak ditemui. Kelmarin adik Nurul Nadirah pula ditemukan rentung.
Dan tadi, aku baru dapat mesej BBM tertulis "Sekiranya anda ternampak kereta GEN 2 WMN 8545 warna hitam. Anak kawan saya adam diculik area Serdang. Tolong!!! Plz spread this to others, saya just sebar aje!!! Tq. –Hafif"
Semakin berleluasa nampaknya. Apa kau ingat anak itu milik kau?
P/s: Ya Allah selamatkanlah semua anak-anak kecil di Malaysia daripada menjadi mangsa kekejaman syaitan manusia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
1 ulasan:
Maaf tersilap. Nurin Jazlin sudah ditemui.Mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.
Catat Ulasan