27 Disember 2011

Dare to follow Rule 100? (97 words)

Mulai hari ini, aku nak perkenalkan 'Peraturan 100'. Ini bermakna aku adalah pemblog yang hanya menggunakan maksimum 100 patah perkataan. Tak kiralah aku taip BM atau BI mesti ikut peraturan ini. Selain pembaca senang membacanya, aku sendiri pun taklah meleret-leret bercakap menaip. Jadi, dapatlah aku disiplinkan diri agar menaip perkara penting saja. Ingat lagi tak waktu sekolah dulu kita kena buat rumusan maksimum 100 patah perkataan? Bukan mudah, tapi inilah latihan yang baik. Aku juga akan letakkan jumlah patah perkataan pada tajuk entri. Siapa mahu sahut cabaran, ayuh dapatkan batch di atas dan letakkan pada blog anda..dan berusahalah!

p/s: Tiga kali aku edit intro untuk dapatkan jumlah patah perkataan ini. Fuh, susahnya..

4 ulasan:

Rin berkata...

Tanak. ~Lalalala..

Sahalfikri berkata...

Kau memang tak boleh ikut peraturan ini. Tak apalah, kau banyak masa, boleh menaip panjang2..

Rin berkata...

kau banyak masa. boleh edit berkali-kali. hakhak! :))

Sahalfikri berkata...

Biasa aku kalau taip entri makan masa sejam tapi kali ini 15 minit saja campur edit. Amacam? Jimat kan..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular