16 Februari 2024

Apa sebenarnya isu dalam kes Nik Elin?

 

Sumber: KOSMO melaporkan berita ugutan diterima Nik Elin susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.


Siapa Nik Elin dan apa sebenarnya kes NE ini? Ramai kurang faham dan menjadi khilaf apabila ia menjadi sensasi dan dipolitikkan. Seharusnya kes NE perlu difahami dengan baik agar kita tidak menyimpang daripada isu utamanya.

Ini kronologi ringkasnya terlebih dahulu:




9 Februari 2024 – Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah. 

Bacalah alasan penghakiman untuk lebih jelas lagi. Dokumen ini dapat menerangkan lebih jelas lagi isu sebenar dalam kes NE adalah berkaitan dengan persoalan BIDANG KUASA mahkamah dalam menggubal undang-undang.

Keputusan Mahkamah Persekutuan langsung tidak menyentuh atau merendahkan martabat Mahkamah Syariah dan kuasa negeri untuk menggubal jenayah syariah. Ia hanya membincangkan peruntukan yang digubal oleh DUN Kelantan yang telah bertindih dengan bidang kuasa Persekutuan (Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan).

Mari kita luangkan lebih masa lagi untuk baca tulisan Mantan Ketua Hakim Syarie berikut:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular