Kes ini perlu dirujuk ke Hospital Selayang, kata doktor pakar restoratif. Dibuatkan temujanji dengan pakar bedah di hospital itu sehari sebelum Aidilfitri 2013. Hasilnya, beginilah x-ray kedudukan gigi geraham bongsu.
Tengoklah bulatan merah itu. Geraham bongsuku tumbuh melintang 90 darjah. Sebelum sakit, setiap kali selepas makan aku terpaksa gunakan round thread floss untuk keluarkan cebisan makanan yang tersembunyi di celahan antara geraham besar dan geraham bongsu.
Ingatkan sesudah x-ray terus dibuat pembedahan, rupa-rupanya hanya diberikan ubat tahan sakit yang boleh kurangkan rasa sakit. Dan dipesan agar jaga kebersihan kawasan geraham itu dengan floss tadi juga kumur Listerine. Lagi 2 minggu barulah pembedahan boleh dibuat. Mujur cepat, biasanya kata doktor makan masa sebulan atau dua untuk giliran.
Sebab apa perlu bedah? Sebabnya kedudukan geraham itu tak berikan sebarang fungsi pun. Jadi, gigi itu tak perlu. Selepas beraya sakan selama 2 minggu lebih, tibalah masanya untuk pembedahan. (Tak dapat tangkap gambar sebab tiada teman).
Inilah hasil pembedahan selama sejam. Aku disuntik dengan local anaestetic (LA) yang mengakibatkan rasa kebas sebelah kanan. LA adalah bius setempat, dan aku sedar sepanjang pembedahan dibuat. Kalau tanya apa aku rasa, memang aku tak rasa apa-apa. Tiada apa perlu ditakutkan.
Gusi dibelah sedikit dan geraham itu dipecahkan agar dapat dikeluarkan semuanya. Uniknya gigi aku, rupa-rupanya akar gigi aku bengkok secara semulajadi. Jadi, kepakaran doktor bedah mulut ini sangat penting agar akar tidak patah dan tertinggal dalam gusi.
AMARAN UNTUK BACAAN SELANJUTNYA: