18 Februari 2011

Belajar setelah berkeluarga

Cukup seronok bila kita dapat kembali belajar. Itulah perasaan yang aku rasakan sekarang. Namun, suasana belajar dulu tak sama seperti sekarang.

Semakin kita berusia, semakin bertambah tanggungjawab. Setiap tanggungjawab itu bukanlah boleh diambil ringan hanya kerana tanggungjawab sebagai pelajar kembali terpaku di dada.

Jadi, aku perlu sesuaikan diri untuk menjadi anak, suami, ayah, pemimpin persatuan, dan pekerja selain menjadi pelajar.

Tanggungjawab di atas terpecah kepada dua jenis iaitu tanggungjawab sementara dan tanggungjawab kekal. Tanggungjawab sementara ialah pemimpin persatuan,pekerja dan pelajar manakala tanggungjawab kekal ialah anak, suami dan ayah.

Tanggungjawab sementara inilah yang ingin aku lepaskan sebentar sementelah aku memegang tanggungjawab pelajar selama setahun setengah ini. Cukuplah sekadar tanggungjawab kekal yang perlu dilunaskan. Itu pun masih ada cacat celanya.

Bukankah setiap amanah pada tanggungjawab itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin? Maka, tiada gunanya kalau terlampau banyak tanggungjawab yang kita pegang sedangkan tiada satu pun yang benar-benar berhasil. Akhirnya kita hanya menjadi penambah masalah kepada situasi semasa.

Justeru, aku memohon maaf kepada semua kerana tanggungjawab sementara itu terpaksa dilepaskan. Aku tahu batas kemampuan yang ada. Berikan ruang kepadaku untuk berikan yang terbaik kepada yang seharusnya pada waktu ini.

P/s: Kesibukan pada melunaskan tanggungjawab sementara adakalanya membuatkan kita terabai tanggungjawab kekal.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular