header-photo

Selamat jalan adik-adikku

Setelah lebih setahun aku membimbing adik-adik ini untuk meneruskan misi GPTD ke China dalam usaha menjejaki kesan tinggalan Laksamana Cheng Ho, kini mereka telah diizinkan Allah untuk ke sana.

Kemusafiran ini berlangsung sekitar dua minggu bermula 26 Ogos 2012 hingga 7 September 2012 di sekitar daerah Guangzhou & Kunming, Yunnan. Pelbagai rintangan dihadapi selama mengaturkan perjalanan ini.

Yang lebih mencabar, tiada seorang pun daripada mereka yang tahu berbahsa Mandarin. Kenalan yang boleh membantu pula semua kembali ke Malaysia untuk berhari raya. Jadi, mereka terpaksalah menghadapinya sendiri.

Sengaja aku tidak tunjukkan risau. Kata-kata semangat memang tak putus aku berikan. Inilah cara GPTD latih ahlinya. Selagi berpegang kepada prinsip ketaatan kepada ketua, insyaAllah perjalanan akan dibantuNya.

Dan nampaknya memang begitulah yang berlaku. Tak sabar rasanya nak dengar kisah. Mereka sebaik pulang nanti. Yang pasti, kemusafiran ini akan menyedarkan rasa kebergantungan total kepada Allah Yang Maha Kuasa. Itulah yang pernah aku rasa.

Terima kasih kepada mentorku yang kini dah jadi mertuaku kerana mendidik kami dengan menolak saja kami ke laut tanpa diajarkan berenang. Memang susah nak berenang sendiri, sekejap tenggelam, sekejap timbul. Tapi akhirnya dapat juga berenang.

Yang aku kagumi ialah adikku sorang ini, Abdul Hakim Shahbuddin. Berbanding aku dulu, dia tidak cukup dana untuk berada di sana setahun. Tapi cabaranku disahutnya dengan baik dan tawakkal yang tinggi. Benarlah sunnah perjuangan ini cukup manis diikuti.

Tahniah kepada Nor Sakinah Ya'kob, Hdariyani Kampun dan Arina Abdul. Kepada Fakhri dan Orang Kampung Line, sabar ya.. Giliran kalian akan tiba selepas ini. InsyaAllah. Bacaan lanjut boleh dibuat dengan klik pada capaian berikut:

Eksplorasi Cheng Ho sudah bermula
Jejak Cheng Ho #1: Selamat tiba di Guangzhou, China
Jejak Cheng Ho #2: Selamat tiba di Kunming, Yunnan

Salam Aidilfitri Buat Semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan, kenalan jauh dan dekat, dan semua yang mengenali diri ini juga umat Islam sedunia yang meraikan bulan kemenangan ini.

Taqabbalallahu minna wa minkum
Salah silap harap diampunkan

p/s: Maaf Ramadhan lepas hanya sempat tulis entri 2 kali, konon nak tulis setiap hari. Sukar meluangkan masa depan laptop.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...