header-photo

#2 : Janganlah tadarus sahaja

Tadarus al-Quran biasanya tak dilupa apabila Ramadhan tiba. Target nak khatam sekali dalam bulan ini. Ada tarawih yang memang habiskan satu juzuk satu malam. Bagus.

Sejak kecil, tadarus di bulan Ramadhan memang sudah dibudayakan. Bacaan anak-anak pun semakin lancar. Alangkah baiknya jika kali ini kita kejar untuk fahami pula ayat yang dibaca.

“Habis tu, bila nak khatam pula?”
“Apa masalahnya? Mesti khatam ke dalam bulan ni?
“Yalah..”
“Habis Ramadhan, dah tak payah baca Quran?”

Tergamam dibuatnya. Betul juga, kenapa nak kejarkan sangat khatam? Al-quran dah terangkan bahawa Quran diturunkan pada bulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia.

Inilah quran terjemahan yang aku ada  (walaupun ditulis tafsir tapi sebenarnya terjemahan). Bertambah seronok apabila sebab turun ayat diselitkan pada ayat-ayat berkenaan. Apabila membaca makna dan sebab turun ayat, lebih mudah faham.




Maksudnya tips-tips untuk hidup, bagaimana nak uruskan masalah, cara mencapai kejayaan, uruskan bisnes, hubungan kekeluargaan, hubungan kemasyarakatan, menjadi ketua dan lain-lain semuanya ada dalam Quran.

Jadi, hanya dengan faham makna barulah kita sedar petunjukNya. Tambahkan kualiti lebih baik daripada kuantiti. Sungguh, Allah Maha Hebat Menilai..

#1: Ada tarawih baru nak datang


“Hah, baru sekarang nampak batang hidung dia kat surau!”
“Yalah, Ramadhan kan datang sekali setahun”
“Habis tu, hari lain tak perlu solat berjemaah?”
“Ramai kan yang macam tu. Tu pasal kau tengok surau kita ni penuh malam pertama”

Laa, macam itu pulak. Bukankah Ramadhan datang untuk direbut ganjarannya. Positiflah sikit orang berduyun datang surau. Karang orang sama perangai seperti di bulan lain, mahu susah hati AJK Masjid/Surau.



Di Guangzhou, lagilah ketara. Waktu Ramadhan, entah dari mana datang orang Islam kita pun tak sangka. Tambah menarik lagi apabila pengemis yang bukan beragama Islam pun ada ikut serta makan iftar di masjid.

Tak pulak aku dengar rungutan atau sindiran orang. Mungkin sebab Cina mengamalkan pepatah Melayu ,”jangan jaga tepi kain orang”.

Barangsiapa yang bangun (mengerjakan ibadah) pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah) diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
[Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]

Syukur Ramadhan pertama disambut dengan baik, aku tidak diuji seperti dulu [Baca: Tarawih sudah dibenarkan di Guangzhou]

Masalah tandas tak sudah-sudah 2

Beginilah tandas di Thailand. Gambar ini siap dengan arahan penggunaan.

 Inilah aku sewaktu tiba di stesen Nong Khai, selepas itu terasa nak buang air. Sebab itulah jumpa tandas cangkung ini.

Masjid Jamek di Laos juga seperti ini.

Ini pula keadaan menunggu iftar di Masjid Jamek Vientiane. Gambar kurang elok, guna kamera murah.

Ok, berbalik kepada topik gunakan sistem tandas begini. Paling ketara perbezaannya ialah cepat dan jimat.

Tandas flush menggunakan sekitar 6 liter air sekali pam. Dengan sistem ini, sekali gayung mungkin 1 liter. Tiada juga masalah tunggu air penuh tangki.


Masalah tandas tak sudah-sudah 1

Kalau ke tandas masjid atau surau, majoriti kurang bersih. Itu baru di luar, belum lagi masuk ke dalam. Bila dah buang air, tarikh flush pula tak menjadi. Flush rosak.. pengunci pintu hilang.. penyangkut pakaian hilang..pemutar paip loose.

Adakala aku jadi cukup terkejut apabila surau atau masjid tak ada masalah-masalah begitu. Selain daripada vandalisme, aku rasa ini penyebab utama kenapa masalah tandas kita kotor.

1) Berpunca daripada flush.
2) Kita yang sakit perut dok beratur panjang terus lepas hajat bila abang tadi dah keluar.
3) Waktu itu, terdengar bunyi air mengalir sedikit demi sedikit ke dalam tangki flush.
4) Waktu itu, terdengar juga orang ketuk pintu dah tak sabar membuang.
5) Habis kita buang, dok tarik flush tapi air keluar sikit.
6) Tangki tak penuh lagi, jadi khazanah alam tak dapat ditelan alam. Tunggu. Tertekan.
7) Bagi yang tak sabar, dia tarik kuat-kuat flush. Patah pula pemegang flush.
8) Jalan terbaik, keluar dengan selamba kodok. Khazanah dia sendiri tak sanggup tengok.
9) Orang seterusnya bertambah marah sebab nak buang dah tak dapat.
10) Kalau makin ramai marah, macam-macamlah yang akan jadi.

Jadi, dengar sini aku nak beri cadangan kepada AJK surau dan masjid yang mengalami masalah kebersihan ini. Elakkan orang daripada marah. Jika masalahnya flush, aku nak kita tengok negeri kafir buat macam mana.

Ini berdasarkan pengalaman aku di negara jiran kita, Thailand dan Laos. Pengembaraan aku 10 tahun lepas menemukan suatu yang ajaib bagi aku. Nak dicadangkan secara serius dulu, aku hanyalah insan kerdil yang tak mungkin dilayan. Aku tanya pendapat tentang isu sewaktu khutbah Jumaat kepada Majlis Agama hari itu pun tak ada respon.

Kita kena tukar sistem tandas tidak menggunakan flush. Hanya segayung air boleh menghilangkan segala khazanah yang dilepaskan. Macam tak percaya tapi aku dah alaminya.

Siapa sangka stesen keretapi Nong Khai, stesen kecil paling utara mempunyai tandas yang bersih dan wangi walaupun tahap stesen itu lebih hodoh daripada stesen KTM Komuter di Seremban. Tanpa bayaran tau.

Siapa sangka juga Masjid Jamek di Vientiane (klik sini dan zoom baru nampak masjid), dijaga dan diuruskan oleh AJK berketurunan India dan Pakistan mempunyai tandas yang bersih dan wangi sekalipun tidak sehebat binaan Masjid Wilayah.

p/s: Gambar akan menyusul dalam entri selepas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...