header-photo

Fitna The Movie: Geert Wilders


"Take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!"


Ini petikan kata pembikin filem cereka Geert Wilders apabila ditanya tentang Islam di Netherland, tempat kelahirannya. Tahukah anda apa yang telah berlaku di Netherland? Penganut Islam semakin bertambah.

Sudahkah anda tonton cereka tersebut? Jika sudah, apa perasaan anda? Bagi saya, tidak hairanlah dia bikin cereka ini sebab latarbelakang hidupnya. Dia sangat tertekan. Dan mungkin dia tidak beri ruang untuk dirinya sendiri faham apa itu Islam.

Kenapa saya guna istilah cereka? Sebab cerita yang difilemkan itu adalah rekaannya bagi memburukkan imej Islam. Itu adalah Fitnah (sama dengan tajuknya sendiri). Benar, dia alami Islamophobia.

Dia merasakan al-Quran adalah sama dengan Mein Kampf hasil tulisan Adolf Hitler. Katanya, "The book incites hatred and killing and therefore has no place in our legal order."


Ayat-ayat al-Quran yang dirujuknya adalah benar tetapi pemahamannya dan penafsirannya berbeza. Kaitan ayat-ayat tersebut dengan video yang diselitkan amat mencurigakan.

Saya ada teori sendiri yang hanya boleh dibincang apabila kita bersemuka. Mungkin bukan di sini kerana ia melibatkan politik tertinggi dunia.

Sayangnya kepakaran menghasilkan filem pendek yang boleh mempengaruhi penonton ini tidak dikuasai oleh kebanyakan penggerak-penggerak Islam.

Ada yang pakar membuatnya tapi tiada fikir Islami. Dan ada yang kuat fikir Islami tapi tiada kepakaran. Menggabungkan kedua-duanya adalah suatu rahmat dan nikmat. Yang bisa menerangkan indahnya Islam buat manusia. Mari!

p/s: Ayaan Hirsi Ali juga mengalami tekanan hidup sepertinya. Ingat lagi filem Submission?


Aku baru baca akhbar KOSMO hari ini, idea aku sama dengan idea Fakhri Sungit, Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Muamalat KUIS

Politik itu najis


Tajuk aku mungkin kasar. Tapi itu adalah kiasan yang mengingatkan aku pada seorang kawan. Dia sangat benci kepada orang politik. Dalam satu majlis, dia terpaksa bersalaman dengan kawanku yang aktif berpolitik.


Sejurus selepas bersalam, lantas disapunya tangan yang bersalam tadi ke baju aku. Aku pun bertanya, "Kenapa kau buat macam ni?". Lalu dia pun menjawab, "Najis!".


"Eh jijiknya kau kata begitu"

"Memang orang politik ni tangannya kotor.. Najis!"


Cukuplah setakat itu permulaan penulisan aku kali ini. Fikirkanlah sendiri kewajaran tindakan kawan aku. Cukup!


***


Melihat perkembangan politik Pulau Pinang amat menarik. Media massa sangat aktif sekarang menceritakan perkembangan negeri-negeri tawanan pembangkang.


Beberapa perubahan yang dilihat menarik di Pulau Pinang.


1) Sistem tender terbuka ke atas semua kontrak bernilai RM50,000 ke atas. (UM)

2) Kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM50 mulai 1 April 2008.(UM)

3) Wakil rakyat tidak dibenar mohon beli tanah. (UM)


Lumrah peralihan kuasa ialah perubahan mendadak ketetapan kerajaan untuk kepentingan rakyat. Motifnya adalah untuk mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat. Mungkin terlalu awal untuk mengatakan kerajaan Pulau Pinang akan bertambah baik dalam urusan pentadbiran dan politik.


Walaupun begitu, perubahan ini jelas menidakkan salahguna kuasa oleh pemimpin kerajaan yang berkepentingan. Setidak-tidaknya kita tahu bahawa ada peraturan yang menghalang pemimpin-pemimpin ini berbuat jahat. Tidak jelas di negeri lain.


Apabila kerajaan negeri menyentuh hal DEB, UMNO Pulau Pinang mula mengamuk. Maka, terjadilah demonstrasi membantah kehendak kerajaan. Demonstrasi pilihan terakhir, kata mereka. Kini mereka mula menjadi pembangkang.


Maka, kini mata kita juga mula terbuka kepada betapa perlunya pembangkang. Di Pulau Pinang, UMNO perlu terus membangkang pada sesetengah isu yang penting. Ini akan dapat membangunkan kerajaan dengan lebih baik.


Begitu juga di negeri-negeri lain di mana BN menjadi kerajaan. BA adalah pembangkang yang perlu bagi membangunkan kerajaan dengan lebih baik.


Hairannya mengapa tidak berlaku pembangkang dan kerajaan ini menyatakan sokongan dan kesepaduan dalam sesetengah isu lain? Sudah lupakah kita pada UMNO yang pernah berjabat tangan dengan PAS dalam isu Palestin pada 8 Mei 2002?


***


Aku bimbang kawanku tadi benar. Politik menjadi najis. Maksudku politik kepartian yang terlalu taksub kepada parti sendiri dan menolak sebarang unsur yang datang daripada parti atau kelompok lain. Yang benar hanya dirinya. Yang lain adalah najis baginya.

Aku kena tagged

Disebabkan aku kena tagged oleh Kak Nida, terpaksalah aku selesaikan urusan ni dulu. Maka, terpaksalah aku mendedahkan isi kandungan dompet aku. Berikut adalah isinya:

1) 15 kad nama orang-orang yang aku jumpai (antaranya ialah peguam, pelancong Arab, artis, pemimpin persatuan, jurufoto, jutawan)

2) 1 nota tercatat nama pemandu teksi Seremban dengan nombor panggilannya (aku dapat waktu aku terpaksa naik teksi untuk ke mahkamah disebabkan tayar motor aku pancit di Plaza Tol Seremban)

3) 1 nota tercatat alamat seorang YB (aku nak cuba minta tajaan dia untuk projek aku ke China)

4) 1 slip untuk ambil gambar yang siap dicuci.

5) 3 resit belian barangan Serambi Maya (untuk catatan perniagaan yang tak dibuat-buat lagi)

6) 6 resit pengeluaran dan debit wang melalui ATM (Maybank, Muamalat dan Public Bank - dah terbiasa simpan konon nak catat)

7) 1 kad pas masuk pejabat Hisham Sobri & Kadir (Aku masih staf HSK tau..)

8) 1 nota tercatat nombor telefon pegawai MARA untuk latihan dan bimbingan perniagaan (berkali-kali cuba telefon masih tak dapat bercakap dengan dia..)

9) 1 resit tol untuk simpanan Serambi Maya (ada job di Ipoh minggu lepas)

10) 3 kad ATM (Maybank, Muamalat & CIMB)

11) 14 kupon kecil untuk dikumpul dan ditebus dengan cd/dvd software komputer

12) 2 kad pelajar (UIAM dan UiTM)

13) 1 kad pengenalan

14) 1 lesen memandu dengan 2 kad tambahan pembaharuan lesen

15) 5 keping gambar saiz pasport (sangat kemas gaya aku waktu tu)

16) 3 setem 30 sen

17) 1 kad perubatan Alliance (semua staf HSK dapat)


18) 1 kad diskaun untuk pengembara ('travel card')


19) USD 12.00 (aku sengaja simpan untuk tunjukkan pengaruh Free Mason di Amerika)

20) RM 98.00 untuk kegunaan harian selama sebulan

Pendek kata, banyak kertas/kad dalam dompet aku yang menyemak saja. Biasanya aku akan kemas pada suatu masa yang tak menentu. Aku akan buang apa yang tak patut.

Untuk kali ini, aku berlaku jujur dengan menyatakan sememangnya apa yang sedia ada sekarang. Dan selepas ini, aku pasti membuang beberapa item yang tak perlu. Hehe.

Seterusnya aku pun nak tag 5 orang lain. Mereka yang terpilih ialah:

1) Nadmin
2) Anuar Manshor
3) Mamida
4) Rin
5) Siti Fatimah

Multi Millionaire

1st time in Singapore
In person with i-interprenuer "MULTI-MILLIONAIRE"
22 March 2008 (Saturday)
2.30 pm
Dewan Madrasah Wak Tanjong Islamiah

589 Slims Avenue, Singapore

Please call Bro. Ammar for details at +6017-3099667


Tunggu dan lihat

Aku masih belum menyokong secara total mana-mana barisan pun kerana aku masih berpendapat kuasa sering menggelapkan hati dan rasa seorang yang dahulunya bersungguh untuk orang lain dan membuatnya menzalimi orang itu setelah kuasa berada di tangannya.

Perhatikan perkataan yang aku guna. Masih. Bermakna pendapat ini terpakai sehingga tarikh ini. Mungkin jika sesiapa dapat buktikan sebaliknya, pendapat aku akan berubah. Setakat ini, masih.

Neutral.Adil.Saksama. Itu perkara yg perlu dibuktikan pemimpin kerajaan negeri berlima.Aku nak tengok sangat perkara ini berlaku. Dan aku yakin kalau benar berlaku, pembaharuan ini akan membawa ombak lebih besar 4 thn lagi.

Antara perkara yg perlu dilihat:

  1. Kebebasan media negeri yang memberi liputan sama rata berkenaan BN/BA.
  2. Layanan sama rata kepada rakyat walau apapun partinya sesuai dengan keperluan rakyat. cth: bantuan diagihkan kepada rakyat miskin sekalipun totok BN.
  3. Kebenaran untuk aktiviti BN/BA dijalankan mengikut prosedur standard tanpa pilih kasih.
  4. Tidak menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan parti semata-mata.
  5. Membangunkan negeri secara seimbang meliputi pembangunan fizikal dan rohani. (cth: kawasan jalan ditar walaupun kawasan penyokong BN-pembangunan fizikal)
Aku tak mahu sentuh manifesto BA yang rata-rata sukar untuk dikotakan kerana kebanyakan perubahan perlu kepada kuasa majoriti di peringkat persekutuan. Maka, BN juga tak perlu cabar mereka untuk kotakan kerana harga petrol bukan ditentukan kerajaan negeri. Tidak bijak langsung cabaran ini. Membuatkan rakyat semakin meluat.

Cukuplah aku saksikan 5 perkara ini terlebih dahulu. Inilah penindasan yang pernah menimpa mereka. Kini, adakah mereka akan membalasnya?

Jika semua ini tidak berlaku, sama sahajalah kerajaan baru dengan yang lama. Menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

Bukankah kerajaan Umar Abdul Aziz adalah yang terhebat perlu kita contohi? Mungkin kerajaan Umar sangat ideal tapi mengapa tidak berpada-pada mengutuk atau menghina kerajaan sebelumnya sedangkan sendiri tak bisa melakukan?

Wallahua'lam.. Jangan jadi 2x5.. Kita tunggu dan lihat.

Satu kejutan




Satu kejutan..
Satu pembaharuan..
Satu keunikan..
Satu kelainan..

Benarkah satu? Atau masih terus berpecah?

Pemergiannya satu kehilangan

Masih ingat entri aku tentang Syeikh Azmi, bekas mufti Pulau Pinang? Pada 1.3.2008 jam 7.45 pagi beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara. Hari itu seolah menangisi pemergian Syeikh kerana sejak malam 29.2.2008 sehingga malam 1.3.2008, hujan terus membasahi bumi melainkan pada tengahari iaitu pada saat beliau dikebumikan.

Sama-samalah kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Al-Fatihah..

p/s: dunia kehilangan makin ramai ulama'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...