header-photo

Sambungkan pantun dua kerat aku

"Kenapa fi peguam syarie tinggi?"
"Sebab takde skala fi ditetapkan undang-undang"
"Kalau macam tu bukanlah peguam syarie itu membantu orang islam yang dalam kesusahan sebab orang tak mampu nak bayar fi dia"
"Saya tak berani nak kata apa-apa"
"Yelah kalau peguam syarie itu betul-betul nak bantu orang Islam, kenalah dia berikan fi yang murah"
"Awak belum jadi bolehlah cakap macam itu"

Ini perbualan antara seorang peguam jenayah yang mempertikaikan keikhlasan kerjaya seorang peguam syarie dalam membantu umat Islam dengan seorang hakim. Aku sokong kata-kata hakim itu berbanding kata-kata peguam terutamanya pada ayat terakhir hakim. Tak semua yang begitu dan janganlah pula kita bersemangat sangat menghentam peguam sebegini sebab kita belum diuji.

Sebabnya selagi kita belum berada di tempat itu, selagi itu kita tidak tahu sejauh mana keupayaan kita untuk menjadi sepertimana yang kita katakan hari ini. Ibu selalu pesan, "jangan kata orang, nanti kena diri sendiri."

Betul kata ibu, sebab aku pernah terkena selepas mengata orang. Yang paling ketara kesannya ialah dulu aku selalu mengata begini kepada pakcik sedara aku ,"apa lah bunyi gesek besi pun nak ngilu" sambil jariku menggesekkan sekeping syiling pada mana-mana besi. Aku rasa macam seronok je mengenakan pakcik aku yang akan menunjukkan reaksi ngilu dia sambil berkata "aarrghhhh jangannnn!". Pada waktu itu, aku steady je. Aku tak rasa sebarang bentuk perasaan ngilu pun.

Lama kelamaan (entah bila masanya pun aku tak pasti) aku mula jadi ngilu. Kalau orang dok gesek besi atau tergesek besi, terasa ngiluu betul. Sehingga ke hari ini, aku masih terkesan dengan kata-kata aku dulu.

Dalam perkara yang sama juga, orang Melayu ada pantun ,"...(awalnya aku tak ingat)... paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Ini membawa maksud orang yang dok mengata tu kadangkala dia yang melebih-lebih daripada orang yang dikatakannya. Maka, lidah ini perlu dipelihara betul-betul. Silap cakap, Allah boleh saja nak balas terus (macam aku kena). Silap-silap lagi teruk daripada orang yang kita kata tu.

Contoh lain, biasa berlaku ni. Orang suka mengata orang politik itulah inilah. Tapi aku berpendapat lebih baik kita jangan mudah mengata mereka sebab kita belum jadi orang politik. Sekali kita berada di puncak itu, baru kita tahu samada kita kuat atau lemah.

Biasanya orang kata politikus suka amalkan kronisme, nepotisme, rasuah dsb. Kalau berdasarkan fakta, oklah tapi masih tak bermaksud kita boleh mengutuk dan mengeji mereka ini seolah-olah diri sendiri sangat baik. Kerana sudah ramai juga yang terbukti sewaktu belum 'berkuasa', sangat gah menentang kebobrokan pemimpin. Tapi apabila sudah 'berkuasa', langsung 'terlupa' penentangannya dulu bahkan dia turut terjebak dalam kesialan yang dikejinya dulu.

Firman Allah, "
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah terhadap kamu yang memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." [As-Saff(61):2-3]

* lagu yang sedang berkumandang ni tribute kepada Dato Seri Anwar Ibrahim

6 Perkara Pasal Diriku

Dah lama aku kena tagged untuk tulis '6 weird things about me' tapi tak sempat-sempat. So aku curi masa hari minggu untuk dikhaskan kepada CT PAWANA yang dah lama menunggu aku respon TAGGED GAME dia. Semoga taklah dia marah kat aku lagi (walaupun dia sebnarnya tak marah).

1) Suka Matematik tapi malas buat latihan. Sejak darjah 6 aku minat sangat Matematik. Terima kasih Cikgu Yusof yang memberikan semangat lepas UPSR. Kat sekolah menengah pun masuk kelas Akaun. Tup tup masuk Universiti ambil Undang-undang. Pelik. Sebabnya aku malas nak buat latihan. Nak jadi hebat dalam matematik, kena latihan banyak. Itu pasal malas. Sedangkan sebelum tu cita-cita nak jadi akauntan. Akhirnya jadi lawyer plak. Takpe, banyak gak main nombor.

2) Suka cerita Melayu walaupun ramai yang mengutuk. Aku sedar banyak kekurangan dan kecacatan dalam filem atau drama Melayu. Tapi disebabkan rasa keMelayuan aku yang kuat, aku tak sanggup mengenepikan orang Melayu. Yang penting bagi aku banyak juga cerita (terutamanya Cerekarama TV3 kul 10mlm hari sabtu) yang boleh menyedarkan diri. Biasa je aku ni bergenang airmata sebab tengok cite Melayu. Aku dapat rasakan kesan berbeza tengok cerita Melayu dengan cerita selain Melayu. Bagi aku, kesan tu yang penting. Tu pasal aku hanya beli vcd Melayu untuk tontonan sekeluarga. Setiap kali tengok dapat berinteraksi sesama keluarga. Yang buruk, semua akan dinasihati ibu. Yang elok, juga dihighlight ibu. Sayang ibu. Orang Melayu.

3) Sanggup tak tidur kerana Adobe Photoshop. Ada orang kata aku ni pelik buat apa sampai tak tidur. Hah, susah aku nak terangkan bila cinta ni da bersemi dengan Adobe Photoshop. Baru nak adjust sket je gambar, dah makan 2 jam. Itu pasal tak perasan. Tiba-tiba dah dengar azan Subuh. Maka, aku akan tido dengan nyenyaknya selepas Subuh. Hanya berlaku pada hujung minggu.

4) Geli dengan kucing. Ada orang kata takut. Aku tak takut tapi aku rasakan ia tidak bersih. Ada orang kan sanggup pegag kucing yang berkeliaran kat kedai. Aku pantang. Bagi aku walaupun orang kata kucing tu dah jilat bulunya bersih, aku tetap rasa ia membawa kuman. Paling pantang lagi bila orang tak basuh tangan lepas pegang kucing. Aku suka tengok kucing comel tapi takleh pegang. Geli. Kalau ia tak bergerak takpe, kalau ia respon memang macam terkejut la.

5) Makan kena habis. Hah sape yang biasa makan dengan aku tahula. Kalau dia makan tak habis, aku mesti suruh dia habiskan. Kalau dia tak boleh juga, aku yang akan habiskan.Haha. Tapi tengok juga kalau aku dah kenyang sangat tak boleh la. Akhirnya aku akan rasa bersalah pada makanan yang tinggal atas pinggan tu. Ada orang dah jadi kebiasaan makan mesti tak habis. Pantang betul aku! Kena pula makanan tu sedap. Fuhh, bagi aku jelah!


6) Monolog. Memang perbuatan biasa aku bila menunggang motosikal sorang-sorang, bermonolog. Sebelum ni aku ada MP3 Player, untuk dengar lagu tapi sekarang aku bercakap sorang-sorang. Kadang kala marahkan diri sendiri. Kadangkala tenangkan hati yang kusut. Kadangkala menyanyi lagu yang tetiba aku cipta waktu tu. Kekadang menjerit. Bila sampai traffic light, aku senyap balik. Lampu hijau, aku sambung monolog. Hehe. Pelik kan?


Sebenarnya banyak lagi perkara yang weird (aku memetik pandangan AM, tak sesuai sebnarnya dikatakan pelik sebab adakalanya ia adalah perkara biasa bagi seseorang) pasal aku ni tapi CT PAWANA nak enam je cukup la kan. Yang penting kita kena tahu Allah jadikan makhluknya semuanya mempunyai minat, rupa paras, cara pergaulan, cara pemakanan, etc berbeza. Kerana itulah kita dapat hidup aman dan selesa sebab jika semua orang sama, mungkin berlaku persaingan sengit sampai kepada perbalahan dan pembunuhan. Tak gitu?

Hentak aku sket

Scene 1
Apek yang sedang minum teh beritahu kawannya "...Kita hidup mesti mau senang bukan mau kaya..."

Scene 2
Aku chatting dengan kawan adik junior SMAPL pasal kerjaya lawyer yang biasanya orang kata kaya tapi sebenarnya tak. Usaha kena lebih baru dapat lebih. Then dia tanya aku, "...dr segi akhiratnye cmne..."


Scene 3
Aku sedang bersolat isyak di surau dekat balai polis sementara tunggu hujan reda. Imam baca " ...Maka bacalah kamu bahagian tertentu daripada al-Quran yang mana memudahkanmu (pada waktu sibuk)..."

*********************

Pangggg! Seolah-olah macam kena pelempang plak. Tau-tau je yang aku ni dah tak sempat baca quran sebab sibuk dengan kerja. Aaahh kerja bukannya alasan.

Apa? Aku kerja untuk kaya? Sebab itu aku sanggup pulang lewat? Masa sebahagian besar diperuntukkan untuk kepuasan diri? Aahh kaya kat dunia yang aku mahu? Apa plak yang aku peruntukkan untuk akhirat?

Dengan ketiga-tiga scene yang berlaku dalam tempoh 24 jam itu, aku tersentak lagi. Tak abis-abis tersentak. Nak kena hentak je aku ni. Tak hentak je lupa. Woii bangunla! Apa ni?

Tengok tu, apek pun pandai. Dia kata hidup kena senang. Maksud dia tak tau la senang camana. Teringat ayah pernah kata tentang kejayaan. Bukan 24A1 macam budak India tu temberang. Bukan dengan segulung ijazah. Dan bukan juga dengan kekayaan melimpah. Sebab kejayaan semestinya di akhirat (maknanya ilmu agama yang dipraktiskan). Itu definisi ayah. Barulah hidup tu senang.

Nak hidup senang bukan senang. Kena diri tu tenang. Nak tenang, kena baca quran selalu, ikut kesenangan kita. Yang penting jangan ditinggalkan. Sepotong ayat pun takpe. Akhirnya... paham la kan akhirnya apa jadi. Haah, betul tu!

Hidup ini membebankan


Aku rasa perlu sangat untuk aku kongsi perasaan aku malam ini. Kejadian yang kali kedua dalam hidup aku setakat ini. Susah nak digambarkan rasa hati ini. Hanya DIA yang tahu ekspresi diri aku malam ini.

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, aku sangat sibuk. Aku bukan sahaja bekerja sebagai pelatih dalam kamar. Aku juga adalah kerani, despatch, lawyer, dan pelajar. Benakku asyik memikirkan bagaimana untuk aku siapkan semua kerja-kerjaku yang menimbun.

Dua minggu lepas, bos panggil aku dan menyerahkan portfolio 3 klien kepada aku. Aku angguk tanda setuju. Jumlah kesemua fail 296 semuanya. Bertambah malang nasibku, sebanyak 106 fail tiada kerani in charge. Berkali-kali ada lawyer tu suruh aku minta pada bos untuk dapatkan juga kerani. Tapi aku rasa tak berdaya meminta apabila tiada tanda-tanda untuk diberi.

Aku pujuk hatiku agar bersabar. Pasti ada hikmahnya. Ya setakat seminggu ini aku banyak belajar perkara yang kerani sahaja yang pandai. Terima kasih kepada Kak Ita dan Kak Siti, the senior clerks in litigation. Aku seronok sebenarnya walaupun setiap hari balik pukul 9 malam. Namun, fikiranku masih terbeban mengenangkan perkara-perkara lain yang masih tak selesai.

Bos panggil aku minta buat research. Kemudian, clerk untuk fail aku yang lain datang minta pendapat. Partner lain minta aku tolong untuk preparation buka booth kat UIA. Lawyer tu, lawyer ni call minta buat fail itu dan ini, pergi court, fotostat kes, hantar dokumen dsb. Bukan aku tak suka. Aku sangat suka apabila aku terpaksa mengejar masa. Cuma fikiranku masih terbeban.

Aku takut aku merungut. Dan memang aku mungkin sudah merungut. Aku tak perasan agaknya apabila aku mula bercerita tentang betapa penatnya aku. Tujuan aku bukan untuk itu tapi sekadar meluahkan, agar fikiranku terurai sedikit kekusutannya. Hakikatnya, sangat sedikit kekusutan tu terurai. Aku masih terbeban. Aku cuba pujuk diri agar bersabar.

Sekejap aku berlari ke bawah dan ke atas. Minum petang bersama kawan-kawan pun tak lagi menjadi rutin. Tiada lagi masa untuk aku browse internet. Puluhan emel di pejabat masih tak dibaca. Dan yang paling aku rasakan kehilangannya ialah solatku ekspres, wudhuku segera, doaku ala kadar, dan sepotong ayat quran pun tak sempat dibelek.

Malam tadi sempena hari terakhir aku menjadi pelatih dalam kamar (tentatively je), aku cuba pulang awal (8.30pm) agar dapat solat Isyak berjemaah di surau tempat aku parkir motosikal. Dalam perlahan dan tenang gerak solat, diriku tersentak mengenangkan apa yang berlaku seminggu ni. Aku cuba hayati setiap patah kata yang dilafazkan dalam solat.

"..Ar-Rahmannir Rahim.." Ya Allah, KAU memang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Kelmarin KAU selamatkan aku saat aku melintas jalan hampir dilanggar motosikal yang sedang memecut. Ya Allah, KAU telah berikan aku duit yang banyak hari ini apabila claim aku datang semua sekali. Ya Allah, KAU berikan aku tenaga untuk bekerja walau aku tak cukup makan. Ya Allah, KAU temukan aku dengan kawan-kawanku di mahkamah mengubat rindu.

Aku duduk seketika selepas memberi salam. Aku baca al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Aku tadahkan tangan dan mengadu padaNYA betapa aku tertekan dalam hidup ini. Aku bermonolog sebenarnya. Aku tanyakan pada diriku apa tujuan hidupku, mengapa aku buat semua ini, apa yang aku inginkan? Tolong Ya Allah berikan aku bantuan.

Sepanjang perjalanan pulang, aku fikirkan kematian. Siap bermonolog seolah-olah membaca talkin untuk diriku. Biarlah orang kata aku gila kerana aku baca kuat-kuat. Pada masa itu, fikiranku terbayangkan datuk sedara yang selalu membacakan talkin untuk Simati. "...Ingatlah wahai si polan bin si polan, hari ini kamu telah pergi bertemu dengan Allah dan kami akan menyusul kemudian..." Aku insaf bila buat begini.

Setibanya di rumah, selepas makan malam, telefonku berdering. Ibu telefon. Sudah lama tak sempat bertanya kabar. Lain macam rasa hati dapat berbual dengan ibu. Ibu baru topup kredit RM10 dan selepas berbual tinggal RM1.70. Rasa bersalah sebab sepatutnya aku telefon ibu. Esok kena ganti topup ibu.

Kemudian satu mesej masuk inbox handphone aku.

"salam.kelas pn ct ***** tiada minggu ini.maaf atas kesulitan"

Terus aku menyebut, Allahuakbar! Alhamdulillah. Mulutku berulangkali menyebut semua perkataan memuji dan berterimakasih kepada Allah. Aku dapat rasakan inilah bantuan DIA. DIA tahu aku ada 4 assignments yang masih belum dapat disiapkan. DIA telah meringankan beban fikiranku apabila dapat mesej ini. Terus aku sujud syukur. Ya Allah terima kasih.. KAU Hebat Ya Allah.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankabut(29):69]

"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafaqun Alaih)

*walau sibuk, aku rasa sangat perlu buat entry ini untuk memuji dan berterima kasih kepada DIA.

Jangan jadi mangsa

Siapa yang tak terkejut dengan angka 887 yang dikeluarkan dari statistik pelajar perempuan yang pernah melakukan hubungan seks luar nikah. Inilah angka mereka yang pernah melakukan hubungan seks tu. Hanya seorang daripada responden kajian tu yang tidak pernah melakukan hubungan seks luar nikah.

Hari Khamis aku terbaca akhbar KOSMO yang memaparkan berita gambar separuh bogel seorang pelajar perempuan di Kulim tersebar di sekolahnya. Pengetua pun panggil budak tu dan didapati dia mengaku bahawa gambar itu kepunyaan dia yang ditangkap oleh teman lelakinya selepas melakukan hubungan seks.

Dalam akhbar METRO Ahad, mengisahkan tentang rumah KEWAJA tempat perempuan yang melakukan hubungan seks luar nikah diberi jagaan dan perlindungan kerana sedang mengandung. Datuk Shahrizat kita pula mencadangkan agar teman lelaki mereka juga dikenakan tindakan sebagai pengajaran.

Apa mesej yang korang nampak di sebalik ketiga-tiga kisah kat atas ni? Ya, betul keadaan sekarang semakin teruk. Pergaulan bebas yang sukar dikawal. Pendedahan tanpa batas terhadap segala sumber baik dan tak baik. Dan sebagainya..

Tapi aku nak kongsikan satu perkara yang aku dapat dalam pengajian aku. Kita kena korek the root of the problem. Dan kalau kita tengok hukuman hudud dalam al-Quran berkenaan zina, diawalkan perempuan daripada lelaki. Aku bukan bercakap tentang gender tetapi konsep zina sebenarnya mengikut kefahaman ustaz aku yang aku juga setuju.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.[An-Nur(24):2]

Perempuan disebut dahulu kerana dalam zina (hubungan seks luar nikah) ni perempuan memainkan peranan penting. Jika perempuan rela, ia dikira zina. Dan jika tidak, dikira rogol. Persoalannya mengapa perempuan itu rela dan akhirnya ingin menuding jari kepada lelaki? Aku tak kata lelaki tu tak salah. Aku cuba nak katakan bahawa perempuan yang sebegini tak fikir panjang.

Memang logiknya, melakukan hubungan seks luar nikah adalah sesuatu yang akan mendatangkan masalah. Kononnya si lelaki akan bertanggungjawab, maka si perempuan menyerahkan diri sebagai tanda cintanya. Tapi alangkah bodohnya si perempuan itu kerana termakan pancing si lelaki buaya. Kalau dia bertanggungjawab, dia takkan buat perkara tak senonoh. Dia akan ikut laluan betul. Dia akan datang merisik, meminang, dan akhirnya berkahwin. Cuba fikir logik sket.

Aku waktu remaja dulu rapat dengan makcik aku yang suka beli majalah REMAJA. Aku antara pembaca tetap ruangan masalah gadis dan masalah teruna. Dari kebanyakan masalah, inilah masalah terbesar, perempuan dipermainkan teman lelaki yang kononnnya sangat setia dengannya. Ish bodohnya kedua-dua mereka.

Dan yang paling kesian pastinya si perempuan. Lelaki tak mendatangkan sebarang kesan fizikal tetapi perempuan kalau tak mengandung pun, istilah anak dara tu dah tak sesuai. Semakin aku terasa betapa sukarnya mendidik dan melindungi golongan hawa ini.

Kerana itu pernah Rasulullah bersabda yang mafhumnya lebih kurang camni. Anak perempuan itu antara penentu seorang ayah masuk ke syurga atau neraka. Bukan mudah nak didik anak perempuan. Tambah plak zaman sekarang ni yang anak-anak lebih 'pandai' daripada ibubapa.

Kata Hushim bin Salleh, kaunselor UM, kita kena jadikan anak-anak sebagai kawan. Kita saling bertanya, berbual dan berbincang. Membiasakan diri bersama-sama mereka. Bukan lagi menjadi garang dan pemarah seperti zaman dahulu. Biar lembut tetapi tegas. Apabila mereka sering menjadikan ibubapa sebagai rujukan dan kawan rapat, maka usah risau insyaAllah kehidupannya di luar rumah terkawal dengan sendirinya.

Aku suka bercakap tentang perempuan sebab, sepertimana pernah aku cakap dulu, golongan ini adalah golongan lemah. Maka, mereka perlu dilindungi dan dijaga serta dididik untuk menjaga diri dengan baik. Lemah tak bermakna kalah. Lemah bermakna, kalau macam mana kuat dan bagus dari segi fizikal dan mental sekalipun, si lelaki lebih 'pandai' membuat helah mematahkan kehebatan perempuan itu sama ada melibatkan penggunaan mental atau fizikal.

Yang akan membuatkan si lemah itu menang apabila rohaninya mengatasi segalanya. Maka, desakan, pujuk rayu, ajakan, dsb pasti takkan pernah memakan dirinya. Hanya perkara-perkara ini yang biasanya melemahkan sang perempuan. Bukan sahaja kepada anak dara, bini orang pun sekarang dah biasa curang pada suami. Berwaspadalah wahai pasanganku!

Indahnya suatu perpisahan



Setiap pertemuan ada perpisahan. Begitulah lumrah kehidupan. Baru-baru ini seorang sahabat berpangkat kakak, Kak Nor dalam firma aku menyusul keluar selepas sahabat sebayaku, Kimi meninggalkan dunia HSK. Pertemuan dan nikmat lebih 6 bulan bersama mereka adalah sesuatu yang indah. Tak lupa juga pada Adrin, sahabat yang memanggilku abang kerana usianya muda setahun. Juga sahabat yang dipanggil berkhidmat untuk negara, Sue (baby..hehe). Oh, Abang Haris juga (gambarnya takde).

Betapa aku hargai nikmat persahabatan dengan semua mereka, aku letakkan gambar mereka semua sebagai backdrop PC aku dengan tagline 'kenangan terindah'. Suka duka, gelak ketawa, usik mengusik, tangisan kecil hati dsb mewarnai tempoh persahabatan kami. Sesuatu yang tidak lagi kurasai saat ini.

Nikmat itu sangat terasa apabila perpisahan berlaku. Benarlah kata orang, kita akan merasai betapa nikmatnya sesuatu perkara itu saat kita kehilangannya. Macam seorang anak yang durhaka, rasa menyesal tak sudah apabila ibu ayahnya mati. Sama juga dengan orang yang kaya jatuh miskin, rasa menyesal tak gunakan kekayaan sebaiknya. Begitu juga dengan orang tua yang menyesali kehidupan mudanya yang sia-sia.

Patutlah Rasulullah bersabda,"Rebutlah kamu 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Muda sebelum tua. Senang sebelum susah. Kaya sebelum miskin. Sihat sebelum sakit. Hidup sebelum mati." Maka, aku rasa berpuas hati kerana sepanjang persahabatan itu, aku telah gunakan peluang sebaiknya bersama sahabat-sahabat aku.

Sama juga dengan suami isteri yang bergaduh. Pernah aku ikut ke mahkamah syariah, setelah hakim putuskan untuk mereka bercerai, sibuk pula si suami nak berjumpa dan memberi nasihat kepada isteri. Apakah dia rasa kehilangan apabila isteri yang dahulunya dipukul dibenci dimarah dimaki dihambat dicaci diherdik kini sudah tiada di sisi?

Kadangkala aku berasa sedih sekali apabila ingin berpisah (terutamanya waktu sekolah dulu, bila ibu ayah dan adik-adik nak tinggalkan aku kat Labu). Namun, aku selalu ingatkan diri aku bahawa aku akan tetap berjumpa kembali dengan semua yang berpisah dengan aku. Syaratnya bertemu dan berpisah itu kerana DIA. Aku perlu latih diri sebegini.

Kalau tertanam begitu dalam diri kita, kita pasti mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk sahabat-sahabat kita walaupun tak bersua. Bukankah ini seperti sifat Bilal bin Rabah, yang sentiasa memaafkan sahabat-sahabatnya pada setiap malam sebelum tidur? Rasulullah pernah bersabda bahawa baginda terdengar derap langkah Bilal bin Rabah di syurga.

Jadi, bila kita doakan terbaik untuk sahabat, kita juga akan turut baik. Tempat orang-orang baik ini dijanjikan syurga. Maka, di situlah tempat pertemuan kembali yang kekal abadi. Sepertimana seorang isteri itu menjadi bidadari teristimewa buat suami di syurga yang sama-sama baik ketika di dunia ini.

Aku masih melatih diri ini. Sukar.. sukar.. apatah lagi untuk berpisah dengan seorang yang pernah diidamkan menjadi pasangan hidup tetapi ditakdirkan tidak kekal sebegitu. Ya, Allah tahu yang terbaik buat kita. Ya Allah, berikanlah yang terbaik buatku dan sahabat-sahabatku.. Amin.

Berubah dari dalam


Memang sengaja aku letakkan gambar Inneke Koesherawati (Ibu Arini dalam Mutiara Hati) dalam entry aku sebelum ni. Sebabnya ialah untuk aku ceritakan dalam entry kali ini.

Dia ni dulu seorang pelakon yang digelar sebagai simbol seks di Indonesia. Tapi selepas satu ketika (2001), dia mula berubah. Perubahan sangat ketara sampaikan dia dapat anugerah sebagai Presenter Terpuji oleh Majlis Ulama Indonesia. Tang point ni yang aku suka. Pasal MUI ni ada buat anugerah untuk artis. Hebat tuh!

Dulu, Siti Nurhaliza pun diiktiraf MUI sebagai artis yang Islamik, sambil orang di Malaysia sesetengahnya mengutuk pula MUI. Pendekatan MUI berlainan dengan kita kan? Memang pendekatan sebegini tak pernah lagi dibuat di Malaysia. Mungkin tak sesuai, tak tahulah.

Bila dikatakan tak islamik, mungkin sebab Siti tu belum bertudung dsb. Pada satu segi lain, sebnarnya pujian MUI itu adalah dorongan ke arah kebaikan kepada Siti. Itulah bezanya cara kita melihat. Bila tengok sisi kiri, buruk la ia. Bila tengok sisi kanan, baik la ia.

Inne ni, dia berubah bermula dengan bertudung. Walaupun merupakan pelakon seksi suatu ketika dulu, perubahannya tak pernah menutup periuk nasi dia. Selepas daripada tu, dia terus mendapat tawaran berlakon tanpa perlu membuka tudung. Bahkan adegan dalam bilik pun pakai tudung. Ada artis kita di Malaysia kata, pakai tudung tu perlu ikut kesesuaian dalam lakonan, takkan dalam bilik pun pakai tudung? Tapi Inne telah buktikan boleh.

Siapa tengok Mutiara Hati? Korang mesti tahu betapa berkesannya lakonan Inne, bukan sekadar membuatkan kita menitiskan airmata tapi terkesan sehingga terbawa dalam hidup kita. Ya, mungkin nasib Inne macam Saidina Umar. Dahulunya buruk dan teruk tapi bila berubah, cukup bagus!

"...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." [Al-Anfaal (8):57]

Pendek kata, tak perlu la kita label orang ni jahat atau teruk etc sebab kemungkinan untuk dia berubah terbuka luas. Yang penting kita bagi sokongan. Manalah tau suatu hari nanti, Siti pun akan bertudung dan berdakwah plak. Macam Inne ni siap pernah bersama-sama dengan AA Gym (ulama' Indonesia yang aku kagumi) untuk buat protes terhadap filem Buruan Cium Gue.

Ayat Inne waktu ditanya media, tak takut ke buat protes ni yang nantinya menyebabkan dirinya dijauhi oleh teman-teman artis lain. Jawapannya cukup ikhlas, "Kenapa mesti takut, saya cuma takut kalau dijauhi oleh Allah." Terbukti hanya Allah di hatinya.

Fuhh, teringin nak dapat isteri camni..oppss.

Kena baca kisah Inne, klik sini, sini gak dan sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...