header-photo

Jumpa lagi tahun depan

Mood kat opis sume dah down.. sebab dah nak cuti panjang la kann. Tengah lepak-lepak dengan staff yang tinggal, AM kata kat aku dah belum ucap selamat tinggal blog?

Baru aku terfikir daripada aku lepak, lebih baik aku update untuk ucapkan selamat tinggal. Sebabnya kat umah aku di Melaka takde internet dan aku kalau dah dok umah tu, lebih suka abiskan masa dengan famili. Jadi, gudbai la blog (untuk 4 hari je tau)..

Di kesempatan ini [dibaca dalam nada sayu], aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terguris hati, tersilap kata, tersalah taip, tertikam korang, atau tak ingat diri. Aku juga nak ucap terima kasih banyak-banyak atas sokongan korang yang kerap mengunjungi serambi maya aku ni.

Sempena kedatangan Aidiladha, aku ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin sebagai penutup tahun 2006.

Dan menjelangnya bulan Januari tak lama lagi, aku taknak terlupa ucap Selamat Tahun Baru kepada semua kawan-kawan, sedare mare dan sesiapa saja yang membaca blog aku. Maka, itulah dia ucapan selamat aku. Semoga korang sume menjadi orang yang berjaya dalam pandangan DIA.

Satu je perkara yang aku nak mintak sangat korang tolong.. tolong doakan aku menjadi lebih baik daripada hari ini dan semalam, dan berterusan melakukan kebaikan, mengurangkan dosa-dosa kecil yang selalu berulang kali dilakukan, juga berjaya seperti korang jugak.

Amin, terima kasih doa korang tu! Alhamdulillah keputusan exam aku aritu cukup baik, aku percaya itu juga adalah rahmat Allah atas usaha dan DOA korang.. betul, DOA korang.. Dan akhirnya aku doakan kepada sesiapa yang mendoakan aku juga mendapat rahmat, pedoman, petunjuk, hidayah, inayah dan bimbinganNYA sentiasa. Amin..

p/s: PC kat opis prob sket, tu pasal font n gambar takleh diubah..aku pun heran nape tak kuar button yang patut ada dalam 'edit post' nih.

Kecantikan bukan pilihan


Iklan kecantikan kat dalam tv kebanyakannya guna model yang dah cantik ek. Jadi, betul atau tidak produk dia dapat mencantikkan wajah orang lain tu susah juga nak dibuktikan.

Bukan apa, aku rasa kecantikan ini anugerah Tuhan sebenarnya. Kalau hidung sorang tu dah memang tak mancung, pipi tak berlesung pipit, dagu tak berlekuk, rambut tak ikal mayang, leher panjang, kaki katek, mata sepet..etc, bukankah itu Allah yang ciptakan.

Kita tiada pilihan sebenarnya untuk memilih dilahirkan cantik atau hodoh. Ish aku tak suka guna perkataan hodoh. Rasanya tiada sorang pun di dunia layak digelar hodoh. Sebabnya itu bukan pilihan dia. Macamana kalau muka kita yang tak seberapa dikatakan hodoh?

Mungkin ada yang kata dengan membuat pembedahan atau memakai produk kecantikan boleh membuatkan muka lebih cantik. Iya, memang mungkin begitu tetapi belum tentu. Sebab masih DIA yang bisa merubah elok menjadi tak elok atau sebaliknya. Kan ada kes orang lepas pembedahan jadi lebih teruk, dan ada juga kawan sekolah rendah dulu yang orang kata tak cantik bila dah besar camni nampak cantik plak (hmm..hampir terpikat.hehe)

Patutlah Nabi ajar kita kalau dipuji orang, kita perlu sebut," Haza min fadhli rabbi" maksudnya "Ini adalah daripada kelebihan Allah". Cukup cantik ek perkataan tu menunjukkan DIA yang hebat jadikan kita cantik.

Jangan plak kita berasa bangga sangat (ujub ok lagi sebab dalam diri je) bahkan menunjuk-nunjuk kecantikan kita. Tapi kalau sekadar nak bergurau, aku pahamla kan. Takut ada plak yang tak paham, mesti tensen kan.

Pantang tengok cermin, "eh, cantik ya aku ni". Hah, Nabi pun pesan suruh baca doa, "Allahumma kama hassanta khalki fahassin khuluki" bila tengok cermin yang bermaksud ,"Ya Allah Kau perelokkan akhlakku sepertimana kau memperelokkan kejadianku." Fuhh, satu lagi doa power!

Kawan aku ada sorang tu memang cantik. Menjadi idaman Malaya la katakan .. tapi sekelip mata Allah mengubah kejadiannya, disebabkan kemalangan, rupanya oklah, masih cantik sebenarnya, cuma tetiba tumbuh banyak jerawat.

Kerana itu, aku rasa kita kena lebih dekatkan diri kepada DIA atas setiap yang berlaku. DIA Maha Hebat dan boleh mengubah segalanya. Pilihan kita bergantung kepada ketentuan DIA. Jadi, kenalah aku juga berwaspada atas apa yang berlaku ke atas diri sendiri. Maklumlah iman kita ni sekejap naik, sekejap turun..

Aik, awat muka korang camtu? Ohh saje je ek buat muka camtu..memang cantik pun muka tu ! Suka la tengok muka korang camtu! Kekalkan senyuman.. (",)

Hidup Kelantan!


KOTA BARU: No alcohol served, no mingling or dancing between men and women, and no showing of aurat (body parts that must be covered).
Welcome to Islamic disco, Pas-style.

This is an excerpt from Utusan online. Ada sorang tu dia link kan kepada web nih dengan hantar emel kat aku bertajuk "the first gay bar in Kelantan". Apa?

Aku rasa betul la kata Nik Aziz tu pasal laki sama laki nak berjoget takde hal, sama gak ngan pompuan sama pompuan. Yang heran plak, ada yang pikir lain.. hmm susah gak camni. Aku yakin kalau Kelantan benarkan pun, perlakuan ala gay yang boleh berlaku dalam disko tu pasti kena tangkap punya.. yang dibolehkan menari bukannya mabuk, melakukan aksi tak senonoh etc.

Satu lagi cite pasal Kelantan. Undang-undang untuk melarang pemakaian tak senonoh. Bagus gak.. dan yang paling menarik, dalam akhbar "The Sun" 2 hari lepas, seorang penulis non-Muslim mengatakan 'we have to admit that indecent dresses contribute to rape cases'. Ini pun bukannya kata-kata seorang lelaki tetapi pompuan.

Dalam tu pun ditulis gak kajian mengenai kes rogol di negara-negara tertentu.. yg aku ingat di US, seorg perempuan dirogol setiap 2 minit. Kemudian dibandingkan dengan lain-lain, termasuk negara Islam, kes rogol berlaku seorang bagi setiap seminggu (aku lupa negara apa, yg penting bukan Malaysia).

Pendek kata, entry aku kali ini saja nak cite pasal apa yang aku baca, dan berkait dengan Kelantan, dan aku setuju pendapat mereka, dan tak bermakna aku orang PAS..hehehe (apa korang kisah pon kan?)

Mengapa jadi begini?

Aku tabik pada pengarah filem CINTA dan drama DUA HATI. Sebabnya diorang bukan orang Melayu tapi mengisahkan kisah hidup Melayu dalam jalan cerita yang tak pernah dibuat orang.

Sambil berehat aku layan drama DUA HATI. Memang cukup rasional memaparkan kisah sebenar berlaku di kalangan kita. Nadia seorang yang cukup cilik dan jahat. Kawan baik dikhianati untuk mencuri hati bakal suami kawan baiknya tu, Kyra.

Macam-macam perancangan dibuat sehingga hampir-hampir membuatkan Feroz dan Kyra tak jadi kahwin. Setiap lakonan Nadia membuatkan ramai percaya apa yang diperkatakan betul.

Mula-mula aku rasa benci sangat kat Nadia sampailah satu babak tu, Nadia luahkan kepada Feroz dan Kyra tentang mengapa dia jadi begitu. Hmm, dia rupa-rupanya cemburu pada kelebihan yang ada pada Kyra.

Sejak awal lagi kisah hidup Kyra semuanya baik dan ok. Setiap yang diinginkan semuanya dapat. Tapi Nadia, hidup bercelaru. Dia selalu malang. Hidup tertekan. Keluarga porak peranda. Dahaga kasih sayang mak ayah.

Aku ingat lagi pernah aku tengok awal-awal dulu, emak dia ada affair dengan lelaki lain, dan lebih malang lelaki tu ialah teman lelaki dia. Teman lelaki yang asalnya adalah pengarah drama lakonan dia, yang juga pernah menggadaikan diri Nadia kepada kawan-kawan akibat tak dapat bayar hutang.

Ayahnya telah bercerai dengan emaknya dan ayahnya sangat sayang pada dia, tapi duduk jauh di luar negara. Tiada siapa ambil berat tentang dia. Dia mula membuat macam-macam perkara untuk dapatkan perhatian. [End]

Ok, apa yang aku dapat belajar, latar belakang seseorang itu sangat berperanan menjadikan seseorang itu siapa. Memang orang macam Nadia sangat-sangat perlukan perhatian. Simple example yang selalu aku dengar, seorang emak bandingkan kebaikan seorang anak dengan anak lain. This is totally wrong..

When you bias on children, they'll take them seriously. they'll think of being hopeless child, and most of them will find a way to get the attention of family, either positively or negatively. Tambah plak, kalau kita jadi kawan kepada that hopeless child, and be bias too, lagi la mereka ni akan merana.

Yup, ramai orang camni, in reality. This kind of people kan, they never show that they are in prob. We need to know our friends better, pasal siapa kawan2 dia, kisah famili dia, kisah hidup peribadi, etc.. before we judge them, before we put a label on him as BAD or GOOD person..

Maksud aku tak perlu plak sampai kita dok mengintip kawan tu, korek rahsia dia, intai apa dia buat.. tu sume Islam pun larang. Tu pasal sekarang dok bising kata Mufti Perlis larang Jabatan Agama Islam Negeri mencari orang berkhalwat kat hotel (Pasal ni kalau nak borak panjang plak).

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." [ Al-Hujurat (49) : 12 ]

Kalau tak dapat nak tahu lebih lanjut pasal dia, patut ke kita judge dia? Kekadang tu rasa kesian pada seseorang yang kita dah label kan dia sebagai si itu atau si ini.. sebab rupa-rupanya kita tak tahu the 'good' side of him atau the 'bad' side of him.. the same goes to one who says people poyo. I know one..

People might not know who exactly I am.. and once they say I'm good person, they might be wrong.. but to say I am bad person, hmm...

Menumpang teduh



Lepas maghrib, aku pun baca al-Quran bersama terjemahan. Ayat terakhir sebelum aku akhiri bacaan membuatkan aku teringat tentang solat Jumaat minggu lepas.

Aku datang agak lewat ke solat Jumaat tapi masih sebelum azan Zohor. Tempat duduk berteduh semua dah penuh. Dalam keterpaksaan, aku membiarkan diriku terjemur bawah terik mentari. Mata aku merayau mencari tempat teduh tapi tiada ruang lagi.

Di sebelah aku, seorang saudara yang kulit lebih cerah daripada aku. "Mungkin dia lebih rasa panas daripada aku" ujar hati kecilku. Aku sudah berpeluh-peluh. Azan sudah berkumandang dan khutbah pun bermula. Lebih setengah jam aku berjemur.

Tiba-tiba aku teringat pesan seorang ustaz waktu aku Tingkatan 3 dulu. Cuba bayangkan jarak matahari yang sangat jauh itu sekarang ni pun sudah membuatkan kita rasa panas. Macamana agaknya kalau diseksa oleh api neraka yang berkali-kali ganda lebih panas.

Jadi, aku cuba tahan dan rasakan bahawa ini balasan atas dosa-dosa aku. Alhamdulillah, aku sedikit tenang dan membiarkan peluhku menitis ke bumi. Aku jeling abang sebelah aku tadi. Dia memang cool. Mungkin dia juga berfikir begini, bisik hatiku.

Dalam aku mencari ketenangan itu, angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ya Allah, betapa nyamannya.. waktu tu aku teringat Nabi Ibrahim yang terasa sejuk saat api membakar diri. Semuanya atas izin DIA. Maka, aku terus desak diri untuk bergantung pada DIA. Kepanasan ini adalah kehendak DIA.

Angin pun bertiup lagi.. Ya Allah, aku rasa bersyukur sangat betapa nikmat nyamannya angin tu benar-benar terasa. Nak tau apa ayat yang aku terbaca tadi? Allah berfirman ,"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka di dalamnya mempunyai isteri-isteri yang suci, dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman." [ An-Nisa' (4) : 57 ]

Argghhh macamana teduh dan nyamannya syurga tu? Memang jauh berbeza dengan neraka. Mungkin inilah yang aku rasakan haritu. Secebis rasa panas dan secebis rasa teduh dan nyaman. Ahh memang nikmatnya tak dapat digambarkan. Tapi layakkah aku merasa nikmat tu?

Balik rumah tadi aku baca kisah Ammar bin Yassir dalam akhbar. Tau tak sebelum dia mati, dia beritahu para sahabat yang dia rindukan syurga dan ingin bertemu para sahabat dan Rasulullah.

Para sahabat lain hanya perasan itu petanda kematiannya apabila dia pulang dalam dukungan Saidina Ali, keadaan bajunya berlumuran darah, sehingga dinyatakan tiada kain atau baldu sekalipun dapat membalut darahnya yang suci untuk dikebumikan.

Tambah pula, Rasulullah juga bersabda bahawa syurga rindukan Ammar. This is the name of my brother. This story touched my little heart. A question pop up in my mind - syurga itu rindukan aku tak?

To learn from the bottom

Sehari suntuk aku tak masuk ofis. Hari ini aku pilih untuk belaja kerja baru. Kerja yang biasanya dibuat oleh mat despatch. Ha..bukan hantar barang tapi pergi stamping documents, filing Power of Attorney, and register charge for company at Register of Company.

Nampak senang kerja-kerja ni semua tapi tak semudah yang disangka. Kekadang lawyer sendiri tak tahu camana nak isi doket (forms) untuk stamping. Tambah lagi, lawyer plak nak tunjuk ek (berlagak) kat mat despatch dengan memberi arahan yang kononnya dia lebih tahu. The result then, the documents cannot be stamped coz of wrong instruction.

Sepanjang hari aku ditunjuk ajar oleh mat despatch. Ya.. mat despatch, not a lecturer nor a senior lawyer not even a senior clerk. Orang kekadang pandang lekeh kat depa ni. Maklumlah mat despatch, pakaian pun tak kemas, naik moto parking ikut suka hati, dan the last-choice-job (yang menyebabkan diorang tak bersungguh dalam keje).

But not all of them camtu. Aku sangat-sangat bertuah dapat ilmu daripada orang yang mungkin dianggap sekadar 'baruwa' (aku tak tau ejaan sebenar) syarikat ini. Ilmu yang mungkin dapat menyelamatkan aku daripada ditipu oleh mereka. Dan yang paling penting, nanti aku tak memberi arahan membabi buta.

Barulah puas hati aku sebab banyak yang aku pelajari dalam kelas dulu difahami saat aku berdamping dengan insan kerdil yang tidak disanjung orang. Aku percaya yang dok ajar aku dulu pun mungkin tak pernah buat apa yang diajar, menyebabkan ramai pelajar tak faham apa yang diajar. Yes, u r rite, we kept on memorizing the law and spill it out on exam paper..

Maka, semakin kuat pendirian aku bahawa jangan pandang rendah pada orang yang berada lebih rendah kedudukannya daripada kita. Dulu ayah pernah pesan, without them, we'll be in trouble.

Betul, kalau takde tukang sapu lantai, mungkin kotorla kawasan sekitar. Kalau takde pencuci tandas, tak sanggup nak pi tandas awam. Kalau takde pemotong rumput, semak-samun la kawasan terbiar. Kalau takde pemandu beca, tak dapat kita pusing-pusing Melaka melihat tempat bersejarah dengan cukup santai. Macam-macam lagi..

Siapa la kita untuk pandang rendah pada orang lain? Jangan ditendang si pengemis jalanan, usah dimaki budak penghantar, jangan dikutuk seniman jalanan. Mereka adalah pelengkap hidup kita. Ia adalah seperti simbiosis, suatu hubungan saling bantu membantu. Jika tidak dilayan sedemikian, mungkin kita akan menjadi parasit kepada mereka atau sebaliknya.

Apakah darjat seorang manusia itu tinggi disebabkan jawatan? Look back at my question. The status of a man, I mean. It cannot be measured by the post u hold. Jatuhlah status seorang Magistret apabila dia seorang yang suka mencarut, kaki clubbing, suka maki hamun, sengaja menyusahkan orang (utk tunjuk he's powerful).

Tapi betapa tingginya nilai seorang manusia yang bergelar pengutip sampah, apabila bersabar mengutip sampah yang sengaja dibuang orang lain, menghormati orang di sekeliling, memelihara alam sekitar, bersopan-santun dalam menutur kata, berpakaian kemas menutup aurat, menjaga solat fardu dsb.

In my simple word, it's all about faith. Faith leads us to be like pengutip sampah tu. This is the real-life-evidence of the saying of Allah. "
Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui" [Yusuf (12) : 76]

Mestilah yang dikehendaki Allah ialah orang yang beriman, tak gitu? Dan memang betul bila kita makin belajar makin byk yg kita tak tahu..

REMINDER : We need to respect them. Tak salah kan ucap terima kasih atas bantuan mereka. Tak salah rasanya kalau minta maaf apabila tersilap. Tak menjadi masalah untuk cakap tak tahu kalau benar tak tahu. Apa salahnya kita menegur sapa daripada terus melintas depan mereka buat-buat macam diorang tak wujud. Apa masalahnya kalau minta pendapat atau pertolongan diorang.

Muslims v Non-muslims ???



Penat sikit hari ni. Aku dan seorang kawan buat urgent case di PJ. Supposedly we have to mitigate for OKT every Tuesday but both of us were sent to PJ court to settle with police about one remand case. I learnt new word.. OYDS = Orang Yang DiSyaki. This OYDS is a juvenile who was arrested by the police as a suspect in robbery case in 7-eleven. As usual, they (OYDS+his family) said the police has wrongfully detained OYDS.

Macam yang pernah aku cite, we lawyers act based on the informations obtained. So, aku pun tak nak percaya bulat-bulat what they told me. I asked the police in charge (PIC) for what reason he was detained. Hmm, less cooperation because she said the real PIC is not present and she know nothing about it.

In remand hearing, magistrate has given us 2 days remand order instead of 15-day-option of which she could decide. Seronok tak terhingga kami berdua sebab kesian pada emak dan anak-beranak yang sama-sama ikut kami ke mahkamah. Magistret kata polis kena bagi bukti esok, if not, he'll be released.

Aku bukan nak cite kisah ni panjang-panjang. Just to share with you all about a comment on our success (this is a new record for legal aid center in having the shortest period of remand for client). Ada sorang kawan tanya camni.

"Siapa orang yang kau tolong tadi?"

"Indian"

"Alah..kalau diorang tu, kau biarkan je.. tak payahlah nak tolong."

It sounds too racist. Am I trained to be that kind of people? Help only Malays..or Muslims? What would be your answer? Sometimes we don't realize that we tend to be unfair to others. Not to blame ourselves alone. Might be we are affected by the way how media try to sell their news. Maksud aku, orang yang belum bersalah nampak bersalah.

Yup, sebelum ni aku pun camtu. Bila nampak orang digari, I'll say that he's wrong, he's 'orang jahat' etc. but when I'm in their 'world', I know what is happening.

Tetiba, malam ni aku baca sepotong ayat Quran lepas Isyak yang seolah-olah nak terangkan aku sesuatu. "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibubapa, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga diri." [An-Nisa' (4) : 36 ]

U know what? the word 'jiran yang dekat dan jauh' is explained in the Translation as either muslims or non-muslims. So, should I be proud of being a Muslims and only help muslims? Allah didn't say 'your muslim neighbours' at all.. Ya, aku rasa ini dinamakan sebagai salah satu cabang dakwah. When we help others, they'll trust us and give us a respect .. respect on us means respect on muslim. Respect on muslim means respect on Islam. Wow!

Cinta jangan terpaksa


Sengaja aku kongsikan pada korang gambar kawan baik aku, haah kedua-dua mempelai ni kawan baik aku, yang mengadakan kenduri kahwin ahad lepas. Tahniah aku ucapkan dan syukur atas ketentuanNya. Suka tengok gambar ni sebab terasa manis dan padan pasangan merpati ni. Aku tahu cinta mereka cukup kuat sebab hampir 4 tahun aku duduk sebilik dengan si lelaki tu. Alhamdulillah, cinta yang berputik terus mekar dalam ikatan suci yang diberkati.

Alangkah bahagia saat orang yang dicintai benar-benar mencintai kita. Ada satu keadaan tu, seseorang menerima kita kerana terpaksa. Bermula dengan kesian dengan si lelaki, maka si perempuan pun menerimanya. Lama-kelamaan perempuan tu rasa bersalah untuk menyatakan dia sebenarnya tiada rasa 'cinta' pada si lelaki. Sehinggalah dinikahkan.. sebaliknya si lelaki sangat-sangat cinta pada si perempuan. Pada pandangan korang, si lelaki tu tak ke macam tertipu for the whole of his life?

"Saya sayangkan abang tetapi cinta saya pada orang lain" Beginilah sedutan kata-kata Rita Rudaini kepada Rashidee Ishak dalam filem CINTA. Cehh, macam promo plak. Aku tertarik untuk kongsi pada semua pasal suatu hakikat yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Beginilah yang diucap Rita (isteri) kepada Rashidee (suami) yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.

Nak salahkan siapa? (Eh, tak habis-habis cuba cari salah orang lain) Bagi aku, si isteri tu yang salah sebab tak jujur pada diri sendiri. Tapi, ada orang kata kadangkala mereka ni tersepit dengan keadaan. Iye ke? Jawapan aku, dia sendiri membiarkan dirinya tersepit.

Yelah, mengapa sejak awal tidak dinyatakan hal sebenar? Alah, kesianlah kat dia. Ohh, kesian.. abis tu, tak kesian ke bila dah ada anak dan bercerai? Heyy...lebih baik sakitkan hati dia awal-awal daripada menghancurkan hati dia kemudian hari. Inilah nasihat aku pada kawan-kawan yang pernah tersepit macam ni.

Pendek kata, kita kena jujur dalam semua perkara. Apatah lagi dalam mengikat tali perkahwinan. Orang tua-tua kata, kahwin ni biar sekali. Tapi orang muda-muda kata, kalau bercerai pun boleh kahwin lagi. Ish.. terpulanglah pada kita nak ambil kata-kata siapa. Jadilah seperti Abu Zar'in yang tidak pernah mendedahkan rahsia hubungannya dan sangat jujur walaupun pada hal makanan dengan isterinya Ummu Zar'in. [Hadis 4481 Sahih Muslim]

Maafkan aku sahabat mencoretkan entry ni saat kau baru melayari bahtera. Tapi aku yakin pada mengenalpasti risiko sebelum ia berlaku supaya dapat berjaga-jaga. Bukan bermakna, aku ingin menakut-nakutkan kau.

Tapi kalau takut pun bagus, sebab kalau kita takut hantu - kecik-kecik dulu - kita mesti akan berpelukan rapat atau menggenggam erat tangan orang yang bersama kita, jadi kalau kita takut berlaku perkara yang tak diingini, kita mesti berusaha agar hubungan itu semakin erat dan kukuh.

Nak erat? Hmm, kenalah jujur dan ikhlas. Terus terang. Inilah sifat orang beriman yang pasti dikurniakan kasih sayang berkekalan. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang." [ Maryam (19):96 ]

Orang kata kalau pasangan suami isteri ni ada rahsia berahsia sesama mereka, bahaya.. seharusnya saling berkongsi. Tak percaya? Tanyalah orang yang dah kahwin dan bahagia, diorang pastinya tiada rahsia sesama mereka. Aku? Haah, memang belum berkahwin tapi suka bergaul dengan orang yang dah kahwin, jadi tahulah sikit-sikit. Nak aku buktikan, belum boleh.. hehe.

Peguam : Profesion Berdosa

Aku malas hendak jawab soalan lazim yang ditanya kebanyakan orang berkenaan peguam dalam nada dan rentak yang biasa. Biar aku jawab dengan caraku sendiri. Cara dan kefahaman aku.

Macam-macam tuduhan dan pandangan sinis kepada profesion peguam semakin lama sebenarnya semakin pudar. Itu tanggapan orang dulu-dulu. Tapi, mereka inilah orang-orang tua, rujukan kita. Maka, hendak atau tidak, pasti sinis nasihat mereka.

Biar aku mulakan dengan kisah Nabi besar junjungan mulia. Suatu hari baginda didatangi dua orang yang bertelingkah tentang satu perkara. Masing-masing mengadu dan berhujah di hadapan baginda. Seorang tu petah bercakap dan seorang lagi tidak bersifat demikian. Maka, baginda berkata, "Aku bimbang untuk memberikan keputusan atas pertelingkahan kamu berdua kerana takut-takut aku terpengaruh dengan kata-kata seorang yang petah lalu menidakkan keadilan kepada seorang yang kurang bicaranya."

Dari sinilah, para fuqaha' (cendekiawan islam) meletakkan hukum HARUS profesion peguam. Sebabnya peguam dilatih untuk memahami undang-undang. Jadi, dalam mewakili anak guamnya, dia lebih arif tentang cara-cara penghujahan yang sempurna berbanding anak guam itu sendiri. Sekaligus membantu sistem keadilan berjalan lancar.

Sekali imbas, tak salah jika dituduh profesion peguam terlibat dengan dosa. Ada benarnya. Bahkan, harus diingat, hampir semua profesion boleh terlibat dengan dosa. Sama juga semua profesion itu boleh terlibat dengan pahala. Maksud aku, tiada satu profesion pun yang nyata dan jelas terlibat dengan dosa secara total melainkan bersangkut paut dengan maksiat, seperti pelayan bar, pekerja kilang Carlsberg, pelacur, peniaga vcd lucah, dan pembunuh upahan.

Aku suka buat sesuatu yang menggembirakan orang lain. Dan ini adalah antara profesion sebegitu. Bayangkan betapa seronoknya anda membantu seorang isteri yang dianiaya suami. Atau menyaman orang demi memberi pengajaran kepada orang yang disaman agar tidak melakukan kesilapan sama lagi seperti mengeluarkan kenyataan yang memalukan orang lain. Atau membantu menyelesaikan pertikaian dua orang atas sesuatu harta. Dan sebagainya..

Bukankah tugas peguam adalah PEMUDAHCARA bagi orang lain ke arah sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan?

Ohh maksud anda tentang membela penjenayah? Masih tidak ada masalah. Peguam bertindak atas maklumat yang diberikan. Jika benar apa yang disampaikan, maka benarlah kita. Jika salah, begitu juga salahnya peguam. Tapi, peguam yang tidak tahu akan pembohongan itu, dan dia percaya atas apa yang disampaikan, maka apakah salahnya dia? Logik akal pun kata tak salah.

Namun, sebagai seorang peguam, anda harus mengkaji kesahihan apa yang disampaikan mengikut keupayaan anda. Macamana kelentong baik punya, tetap ada lubang. Maknanya, peguam boleh tahu benar atau tidak perkara yang disampaikan setelah mengkaji. Tindakan peguam juga berpandukan undang-undang dan bukti. Di sinilah timbulnya pilihan, sama ada ingin mengambil kes itu atau sebaliknya.

Inilah juga titik tolak dosa dan pahala. Andainya anak guam sudah mengaku merogol seseorang di depan peguam tapi mahukan peguam membelanya dalam mahkamah dengan mengatakan dia tidak merogol orang tersebut, jelaslah dia bersubahat dan menipu. Maka, berdosalah dia.

Si peniaga yang menipu dalam timbangan pun berdosa. Sama juga dengan guru yang buat-buat pandai apabila menjawab soalan anak murid yang dia sebenarnya tak tahu jawapannya. Begitu juga dengan pegawai kastam yang melepaskan trak membawa muatan terlarang selepas dirasuah. Iya, si peniaga madu yang mencampurkan madu dengan air pun berdosa. Sama seperti pengawal keselamatan yang membenarkan rakan merompak di tempat yang dikawalnya. Banyak lagi la contoh lain...

Tengok! Semua itu adalah pilihan kita. Soal dosa dan pahala ini kan pilihan kita. Ke kiri jalan yang dipilih, begitulah jalan yang dilalui. Ke kanan jalan yang dipilih, maka ke kanan la kita.

Kalau memang dia tak mengaku, apa salah kita membantunya? Ingat, kita membantu keadilan tercapai. Keputusan di tangan hakim, bukan kita. Kalau dibiarkan dia membela dirinya sendiri, dia mungkin tak dapat menyatakan keadaan sebenar setanding pendakwaraya yang cukup dengan bahan-bahan yang lengkap. Tambah pula, keadaan dalam mahkamah menggerunkan si tertuduh untuk berkata-kata. Bagaimana andainya dia sememangnya tidak bersalah tetapi disebabkan tidak dapat berhujah dengan baik menyebabkan dia dihukum?

-----

Tentang undang-undang di MMU, aku tiada maklumat mengenainya. Warga MMU, tolong respon. Setakat yang sedia maklum, produk tempatan yang melahirkan peguam ialah UIAM,UiTM,UM,dan UKM. Sesiapa ada tambahan, tolong respon ya.

Akhir kata, ingatlah pada satu kaedah fiqh "Asal kepada sesuatu perkara itu adalah HARUS melainkan sesuatu yang diharamkan". Maka, cuba kita elakkan daripada melabelkan ini SALAH, itu BERDOSA, itu HARAM... apabila tiada suatu dalil (hujah daripada sumber hukum Islam) mengharamkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...