header-photo

Orang Besar...Jaga-jaga!

Sebelum aku terus berkongsi tentang perkara ni, aku nak minta maaf kepada Tengku Sheena pasal tak dapat nak bincangkan isu mawi dan ina sebab pada saat ini ada perkara yang sangat penting yang memerlukan perhatian kita. Anyway, for AM there are some points related to such issue in this post.

Semalam aku pergi Seminar Undang-undang Keluarga Islam yang dirasmikan oleh Pak Khir Toyo. Orang kata dia (sengaja aku tak guna kata nama 'beliau') pandai bercakap dan punya Islamic thinking. Well, semalam memang terbukti apa yang orang cakap.

Pada permulaan ucapan perasmian dia, aku agak kagum sebab dia membawa audien ke untuk berfikir secara global tekanan dan cabaran kita, orang Islam, yang dewasa ini dimomokkan dengan perjuangan hak asasi.

Tetapi, pada penghujung ucapannya, aku agak sinis memandang pendapatnya, sebab dia menghentam Mahkamah Syariah. Bukan itu sahaja, dia menyindir hakim syarie atas sebab kelewatan penghakiman.


Dia kata,"...hakim-hakim kena adil dalam membuat keputusan.Kena ingat justice delayed is justice denied..."

Bagi aku, tidak salah untuk dia menegur cuma cara dan gayanya perlu sesuai dan nampak neutral. Aku dah panas dengan Zurul (kawan sebelah aku) lepas dia cakap macam itu. Aku rasa hakim dan peguam syarie pun sama. Memang pun sebab Dr. Zaleha dalam membentangkan kertas kerjanya berkata :

"...saya rasa YB MB kita lupa nak sambung kata-kata Lord Denning yang diambilnya tadi. Lord Denning kata justice delayed is justice denied.. and justice hurried is justice buried.."

Hah, ingat senang ke nak jadi hakim? Bukannya sebab hakim malas sampaikan hendak tangguh kes-kes yang sedia banyak tu. Memang betul, apabila dilewatkan penghakiman, kemungkinan mangsa mengalami banyak tekanan dan risiko. Namun, kalau dipercepatkan pula, kemungkinan kes itu tidak diadili sebaiknya. It has to be between the line.

Zainul Rijal (Presiden Peguam Syarie) pun rasa kecewa apabila kenyataan sebegitu nampak memperlekehkan Mahkamah Syariah. Sama seperti kes serban yang diadili di Mahkamah Sivil.

"...penghakiman itu betul untuk melarang pemakaian serban di sekolah tetapi remarks yang dibuat oleh hakim itu sendiri seolah-olah memperlekehkan nabi... 'kalau nabi naik unta, takkan kita nak naik unta?'.. ini sepatutnya tidak dikeluarkan oleh hakim tersebut. Dia lupa nabi pernah naik buraq yang tiada apa dapat menandinginya hari ini..."

Orang-orang besar macam MB dan Hakim Melayu Islam begini sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Apa yang disampaikan menjadi sandaran dan orang akan quote biasanya (sebab diorang kan orang besar). Jadi, remarks ini adalah bonus kepada golongan yang memperjuangkan hak-hak asasi seperti yang diperjuangkan di Barat tu.

Kata Dr. Zaleha (dekan kuliyyah undang-undang UIA) lagi, perjuangan hak-hak asasi mereka ini perlu dibezakan dengan hak-hak asasi yang digariskan Islam sesuai dengan lokaliti budaya setempat. Elton John diiktiraf untuk berkahwin sesama jenis atas nama hak asasi dan itu tak bersesuaian bahkan menyalahi hak yang ditentukan Islam.

Aku ada sambungan tentang hak-hak ini. Sakit hati bila dengar perempuan dalam seminar semalam bersorak apabila kata-kata MB telah mencetuskan gender bias apabila sering menyalahkan lelaki termasuk sindiran kepada hakim yang semuanya lelaki. MB tak sedar tu yang inilah perjuangan hak-hak yang dia maksudkan tu. Jaga-jaga..

Memahami isu semasa

FORUM SYARIAH DAN CABARAN SEMASA
Anjuran : Persatuan Ulama Malaysia, TERAS, JAWI dan NGO
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta
Tarikh : 23 Julai 2006 (9.00 pagi)
Pengangkutan : Bas (7.30 pagi)
________________________________________________________
Sila hubungi Puan Hasanah untuk maklumat lanjut di talian 03-4269061


Kalau ada kelapangan pada hari Ahad ni, adalah sangat bagus kalau kita pergi ke tempat yang dimaksudkan bagi memahami isu-isu terkini berkenaan orang Islam yang TOPURGENT. Pasti dan memang pasti ramai yang akan hadir, bahkan panelis yang akan membentangkan tentang hal ini juga pasti yang pakar lagi hebat. Disebabkan aku tiada pada tarikh ini, aku mengalu-alukan korang semua yang boleh hadir untuk ceritakan kat aku pasal apa yang berlaku nanti. InsyaAllah kalau aku ada masa, aku akan masukkan ke dalam TOPURGENT rentetan program tu yang korang hantarkan ke aku di emel otyc82@gmail.com

New Feature on my blog

Attention Please !!!

There's a new feature added to my blog which is of course the issues that everybody should not only ponder upon but to act in response thereafter. Macam yang saya catatkan di sebelah kiri ini, saya taknak jadikan blog ini terlalu formal. Jadi, this new feature is other side of me regarding issues yang kita patut tahu sebab ia melibatkan masa depan kita. Dan ia sememangnya perlu lebih 'serius' daripada blog ini.

Yes, it's very urgent.. that's why i put it top urgent...coz this is what is happenning in our real life, now and then.. if we keep looking at our own interest and make ourselves comfortable at all times, we should now click the TOPURGENT icon on your left because we would never be comfortable in a couple of years.. apa lagi? takkan selamanya minyak cukup untuk kita.. takkan selamanya kita aman dan tenteram.. tak selamanya Melayu ditatang penuh manja..

Petikan daripada TOPURGENT site..

"bila anak-anak kita berumur 18 tahun, mereka boleh pilih agama sendiri atau interpret islam ikut sesuka hati mengikut kehendak mereka ..." (please refer to LINA JOY)

"I must stress here that, we are only concerned with the words "practise his religion". There is no doubt that the “
"integral part of the religion" approach has its merits..."
(please refer to MEOR ATIQURRAHMAN)

Pertunjukan mengagumkan yang patut dihentikan

"Mari.. mari dekat-dekat jangan takut"
"Tengok sini betul-betul"
"Kertas ini akan bertukar menjadi duit"

Apa? Kertas bertukar menjadi duit? Aku tak percaya. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, aku pun terhenti seketika untuk menyaksikan mamat Indonesia ni buat pertunjukan.

"Dengan izin Yang Maha Kuasa, kertas ini boleh jadi apa sahaja yang kamu mahukan"
"Kamu mahu ditukarkan kertas ini kepada ayam, burung, kucing..semua boleh"
"Saya nak tukarkan kepada RM100"

Memang bijak penonton yang minta RM100 tu sebab duit boleh digunakan untuk macam2 hal. Tambahan pula, duit bukannya boleh dapat percuma. Mulalah mamat yang buat pertunjukan tu membaca bismillah dengan beberapa tambahan ayat di hujungnya. Tangan penonton yang diminta bekerjasama tu tiba-tiba terasa panas.Dia beritahu pada mamat tu, dan dimintanya bersabar.

Rasa ingin tahu dan curiga itu membuatkan aku menyelitkan diri di celah-celah badan manusia yang lain yangturut terpegun. Sambil mamat tu memegang tangan si penonton tu, dia pecahkan sebiji telur ayam dan dimasukkanke dalam sampul surat. Katanya yang dalam sampul surat itu akan bertukar menjadi wang yang lebih besardaripada yang di dalam genggaman si penonton tadi.

Apabila tangannya dibuka, memang betul penonton itu berjaya mendapatkan RM70. Itu agak mengagumkan walaupun dalam diri aku masih percaya dia mempunyai 'ilmu' yang memerlukan khidmat 'kawan' dari alam lain. Sebabnyaperkara ini dijadikan tontonan. Lainlah seperti wali Allah, mereka memang boleh menukarkan daun menjadiduit dengan izin Allah (ini cerita benar pengalaman ayah sewaktu kecil) tetapi mereka tak pernah menunjuk-nunjuk.

Kini, sampul surat pula dibuka. Dan kelihatan 4 nombor. Tak semena-mena ada pula seorang ni datangmengatakan dia sudah dapat wang hasil daripada nombor yang tertera dalam sampul pada persembahan lalu.Ini membuatkan ramai percaya tak termasuk aku dan abang Haris (yang menemaniku mencari barang di Chow Kit).
Yang pasal duit dalam genggaman itu aku masih boleh terima kalau dikatakan itu bukti kekuasaan Allah. Cuma tang sampul surat ni aku tak setuju. Mana mungkin Allah membantunya untuk berjudi dengan memberikannombor ramalan sedangkan Allah dah haramkan berjudi. Logik ke?

Dalam pada itu, fikiran aku dan abang Haris rupa-rupanya serupa. Kami dengan serta-merta beredar apabilanombor ramalan diedarkan dan mengeluarkan dompet kerana bimbang duit yang diterima si penonton tadi datangnya daripada duit kami yang 'dicuri' oleh 'kawan'nya. Manalah tahu kann..

Yang penting kita kena ingat, Allah pernah berkata,"Hai orang-orang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi,berkorban untuk berhala, menilik nasib, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan." (Al-Maidah [5]:90) Jadi, kalau melibatkan judi ni,kira dah 'berkawan' dengan syaitan la tu. Itulah sebabnya nak percaya pun susah apabila menonton pertunjukanhebat tu.

Aku juga ada kawan yang berjudi. Memang apabila melihat cara hidupnya senang saja. Belanja orang sini sana.Makan pakai semuanya mewah. Beruntung dia sebab berjudi kan. Mungkin itu yang difikirkannya. Tapi, menjauhinya lagi menguntungkan. "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamulantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan solat. Maka berhentilahkamu daripada melakukan pekerjaan itu."(Al-Maidah [5]:91).

Sekali fikir macam tak logik berjudi menyebabkan permusuhan tapi yang berfikir begini sebab tak fikir betul-betul.Alahai, macam kawan aku tu dia sudah mula membenci kawan-kawan yang menegurnya. Baginya hidupnya sudahsenang dengan berjudi, mengapa pula kita nak halangi dia. Akhirnya, kawan-kawan rapat juga malas naklayan perangainya dan terputuslah tali silaturrahim yang terikat. Soal solat dan lain-lain tu akutak perlu cerita kot.

Kalau kawan aku tu membaca, aku harap kau hentikan saja perbuatan tu. Aku sekadar nak kongsi cerita dan rasa sakit hati sebab masih ramai orang Melayu yang sanggup beratur menunggu di kedai Sport Toto, Magnum, 4 Nombor Ekor semata-mata untuk membeli nombor cabutan bertuah (nama baik yang diiktiraf kerajaan bagi membenarkan perjudian). Bukan anak muda saja, bahkan nenek dan datuk siap bertudung dan berkopiah, lagi kerepot membongkok, dan bertongkat menunggu dipapan keputusan menantikan dengan penuh debaran tuah yang dimaksudkan.

Kalau tak percaya cuba lalu di Jalan Pudu, betul-betul bersetentang dengan Hospital Bersalin Shin Tung (kalau tak silap namanya la) ada kedai MAGNUM bersebelahan hotel 5 bintang (tak ingat nama), memang penuh pelanggan dan kotor disebabkan orang membuang sampah di merata-rata tempat.

Kalau dah jodoh tak ke mana

KUALA LUMPUR: Kisah cinta penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin dengan ahli perniagaan, Datuk Mohd Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali ‘Datuk K’ menjadi bahan penulisan terbaru penulis buku politik, Syed Hussein Alwee Alattas atau Pak Habib.

Semua orang nak cite pasal Siti dan Datuk K kebelakangan ini. Jadi, aku pun nak cite gak. Tapi aku sekadar nak dedahkan apa yang dah terdedah. Ini hah, Pak Habib dah perkenalkan satu buku terbaru tentang kisah cinta diorang ni. Berani cubaan dia ni. Laku..memang mungkin laku (pandai gak dia cari duit waktu gini)

Dalam buku berjudul Kalau Jodoh Tak Ke Mana itu, Datuk K mengakui dia jatuh hati dengan Siti ketika mata mereka bertentangan di rumah penyanyi itu di Kuala Lipis, suatu ketika dulu.Pengakuan itu dibuat Datuk K dalam pertemuan dengan Syed Hussein atau lebih dikenali Pak Habib di pejabat ahli perniagaan itu di Tingkat 18, Menara Naluri, Jalan Ampang, di sini.Pak Habib dalam bukunya itu seolah-olah mengesahkan perkahwinan di antara Siti dan Datuk K akan dilangsungkan pada Ogos ini.

Korang bacalah sendiri sambungan berita dari Berita Harian 7 Julai 2006 ni...

Buku yang diterbitkan JB News Media Network dan dijual pada harga RM10 itu juga memuatkan pengakuan Datuk K bahawa dia sudah beberapa kali bertemu Siti Nurhaliza sebelum itu, namun hatinya belum terpaut kerana ia sekadar membincangkan perniagaan antara syarikatnya, Kumpulan Syarikat ACE dengan syarikat milik Siti, Siti Nurhaliza Productions (SNP).

"Saya dan Siti berpandangan mata dan ketika itulah hati saya terpaut. Sebelum ini kami dah beberapa kali bertemu namun tidak pernah saya merasakan kelainan kerana saya hanya memujinya sebagai penyanyi."Namun, peristiwa yang berlaku di hadapan ayah dan ibu di rumahnya benar-benar menjadi sejarah indah perkenalan saya dengan Siti," katanya.

Pertemuan itu berlangsung ketika Datuk K, 47, berkunjung ke rumah keluarga Siti Nurhaliza, 27, untuk berbincang mengenai perniagaan dengan bapa dan abang penyanyi berkenaan. Siti turut serta dalam perbincangan itu.Dalam buku itu, Datuk K menjelaskan mengenai keadaan Siti pada hari itu yang mana ia disaksikan ibu bapa penyanyi berkenaan.

"Paling indah, ketika itu saya memandang Siti dengan pandangan yang amat berbeza. Hari itu dia tidak bermekap, cuma mencantikkan diri atau berpakaian berjenama tapi sekadar berkain batik dan berkemeja-T saja. Itulah punca yang membuatkan hati saya mula ingin mendekatinya."

"Saya rasakan kesederhanaannya itu adalah keistimewaannya. Hati berkenan bukan pada pakaian atau luaran, ia satu tarikan yang sukar saya ceritakan. Sukar nak saya jelaskan di sini, tapi itulah titik permulaan bagaimana saya mula rapat dengannya," kata Datuk K. Buku itu juga memuatkan insiden di meja makan dan rupa Siti yang berminyak ketika memasak seperti yang Datuk K. Siti mencedukkan lauk ke dalam pinggan Datuk K dan secara spontan juga ahli perniagaan terbabit menceduk lauk untuk penyanyi berkenaan.

"Bertitik tolak dari saat itulah, pandangan Datuk K terhadap Siti berubah daripada memuji Siti sebagai penyanyi berbakat besar kepada menghormati dan ingin mengenali hati budi Siti secara lebih rapat."Buku ini juga memaparkan gelora Datuk K yang teringatkan Siti ketika berada dalam pesawat untuk keluar negara.

"Pernah suatu ketika, Datuk K yang berada dalam pesawat untuk ke luar negara tidak dapat menahan gelora di dalam jiwanya untuk menghubungi Siti yang dijawab penyanyi berkenaan pada jam 1 pagi waktu Malaysia. Selepas berkali-kali diajukan Siti dengan soalan untuk menduga dan selepas melafazkan perkataan 'Maaf,' Datuk K akhirnya membuat pengakuan bahawa beliau teringatkan Siti.

Menyedari Siti adalah penyanyi, Datuk K dalam buku itu menegaskan dia tidak akan menghalang Siti meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas mereka mendirikan rumah tangga kerana keistimewaan bakat Siti tidak harus dipersia-siakan.

Dunia artis dan politik sama je. Masing-masing dibanjiri gosip. Apabila sebut pasal gosip, maknanya tak tentu betul. Pernah tengok Fenomena Seni di TV1 tak? Pernah ada bincang pasal gosip dunia artis ni. Wartawan kata, gosip ni biasanya kisah benar yang didapati sendiri daripada artis itu atau orang terdekat dengannya. Jadi, ada kemungkinan benar.

Apapun, kita orang muslim seharusnya mengambil sesuatu dari sumber yang kuat dan kukuh. Bukan soal siti atau datuk k je..semua perkara pun gitu. Dengar boleh, percaya pun boleh tapi selepas diselidiki la. Betul tak?

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan'.

[Al Hujurat:6]

Tikus oh tikus

Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. (Yasin [36]:82)

Kalau tengok pada binatang kat sebelah ni, apakah agaknya yang biasanya terlintas di kepala? busuk.. geli.. kotor.. lembik.. etc. Gambar yang aku letak ni nampak macam cantik sikit (agaknya la) berbanding yang biasa kita nampak kat warung-warung tepi jalan, yang belakangnya sampah penuh longkang, di dapurnya plastik dan sampah bersepah, kotak dan tin diselitkan mana ruang yang ada).

Tapi kali ini pengalaman baru bagi aku. Tikus ni nyaris-nyaris membuatkan penunggang motor depan aku terbabas. Aku pun hampir-hampir terlanggar ekor tikus ni. Tak pernah sebelum ni terlintas ada tikus yg nak melintas jalan besar. Kucing, lembu, dan anjing tu biasalah kan. Kalau di Australia, ada papan tanda beritahu kanggaroo melintas.

Tak pernah juga terfikir sebenarnya mungkin juga semut, lipas, cicak, kerengga atau lipan melintas jalan. Sebab apa? Sebabnya haiwan-haiwan ni semuanya kecil. Bila melintas, mata kita terlepas pandang pada binatang ni.

Risau juga dibuatnya takut terlanggar tikus tu sebab aku terbayang ada orang pernah kata kalau kita tekan tikus tu, ia lembik je n tak mati, itu pasal lubang kecik pun boleh ia lepas. Betul ke tidak aku tak tahu. Jadi, kalau betullah, mungkin roda aku akan tersasar yang bisa menyebabkan aku terjatuh.

Hah, kau nak cuba meramal nasib kau? siapa kau sebenarnya? mana kau tahu kalau kau terlanggar tikus, kau akan jatuh motosikal? inilah namanya nasib. Oppss, bukan.. ini takdir sebenarnya. Pernah dengar tak satu kisah lawak sufi bernama Nasrudin?

Nasrudin sedang berjalan-jalan dengan santai di kawasan rumah orang tanpa izin, ada orang jatuh dari atap rumah dan menimpanya. Orang yang terjatuh itu tidak terluka sama sekali, tetapi Nasrudin yang tertimpa atap menderita cedera leher. Dia pun dibawa ke rumah sakit. Para tetangganya datang menjenguknya, mereka bertanya, ''Hikmah apa yang didapat dari peristiwa itu, Nasrudin?'' ''Jangan percaya lagi pada hukum sebab akibat,'' jawabnya. ''Orang lain yang jatuh dari atap rumah, tetapi leherku yang jadi korbannya. Jadi tidak berlaku lagi logik, ''Kalau orang jatuh dari atap rumah, lehernya akan patah!''

Maknanya tak semestinya langgar tikus, aku akan jatuh tersungkur dan belum tentu juga sebaliknya. Kalau itu takdir yang ditentukan, maka itulah jadinya. Samalah seperti jatuh dari atap, belum tentu cedera. Sama juga dengan naik kapalterbang, belum tentu jatuh terjunam. Atau naik motosikal, belum tentu kemalangan. Makan banyak, belum tentu obesiti. Bodoh belum tentu tak boleh diharap. Bercinta sakan pun belum tentu berkahwin. Itulah yang pasti..

Anak Anugerah Tak Ternilai

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orangtua ibu bapaknya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah dan bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Kulah kembalimu
(Lukman [31]: 14)

Tahniah aku ucapkan kepada kawan SMAPL yang sangat aku hormati. Kisah perhubungan diorang ni senyap je. Tup tup dah kahwin. Aku yang baru masuk SMAPL tahun 1998 hanya mengetahui hubungan diorang ni di UIA pada tahun 2003, lebih kuranglah. Perkahwinan diorang pun kat Manchester. Fuhh.. seronok kan kalau kat kad nikah tertulis Manchester atau Liverpool ke Germany ke.. (dah, jangan nak mengarut plak).

Pada 29 Jun yang lalu, aku dimaklumkan Puteri Shah & GMin sudah selamat dilahirkan pukul 4.25pm ptg di Naluri Medical Centre,Wangsa Maju. Tahniah!!! Selepas bergelar suami isteri kini sudah pun bergelar ibu bapa. Entah apalah agaknya nama puteri sorang ni. Mesti cute macam ibu ayah dia..hehehehe.

Apabila seseorang tu dah menamatkan zaman bujang, macam-macam dugaan muncul. Kata ibu, "bila bujang dugaannya lain, bila dah berumahtangga lain pula dugaannya, bila dah ada anak lain lagi dugaannya." Pendek kata, hidup kita penuh dugaan. Tengoklah Allah pun minta kita hormati ibu sebab dia susah payah besarkan kita. Mengandung tu bukan seminggu dua tapi 9 bulan.. dugaan tu. Lepas ni, dugaan nak mendidik pula.

Aku belum ada anak tak tahulah camana nak didik anak dengan baik. Tapi, AA Gym ada caranya. Dia kata kena didik dengan 3A.

Pertama, Aku Aman Bagimu. Anak harus dilatih agar tidak merugikan orang lain. Sehebat apapun seorang anak, kalau kehadirannya selalu merugikan orang lain, maka kehebatan tersebut tidak ada artinya. Rasulullah Saw bersabda, "Seorang Muslim yang baik adalah yang orang lain aman dari gangguan lisan dan tangannya".

Setelah itu, pendidikan bisa dilanjutkan ke tahap kedua, yaitu Aku Menyenangkan Bagimu. Anak harus dilatih agar keberadaannya menyebabkan orang-orang di sekitarnya merasa tenang dengan nyaman. Rumus yang bisa diterapkan dengan tahap kedua ini adalah 5 S (Senyum, Salam, Sapa, Sopan, dan Santun). Bimbing anak-anak kita menjadi orang yang murah senyum, royal memberi salam, gemar menyapa, sopan dan santun dalam bergaul.

A yang ketiga adalah Aku Bermanfaat Bagimu. Anak harus di arahkan agar di mana ia ada, maka orang-orang di sekitarnya merasakan manfaat keberadaannya. Jadi, anak harus diarahkan agar ia mampu mencurahkan segala potensi yang dimilikinya untuk memberi manfaat bagi orang lain. Usahakan agar anak selalu berpikir bagaimana ia mampu memberi manfaat dan memberi manfaat. Kalau ia pintar, maka ia bisa memintarkan teman-temannya. Kalau ia kaya, maka kekayaannya tersebut bisa menjadi sarana membantu orang yang kesusahan.

Kemaafan tak boleh dibeli

Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat dzarrah-pun, niscara dia akan melihat (balasan)-nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah-pun, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya pula (QS Az-Zalzalah [99]: 7-8)

"Jangan malu minta maaf"
"Kalau buat salah kena minta maaf"

Ibu selalu pesan sejak kecil lagi untuk minta maaf kalau buat silap. Dalam kebiasaan meminta maaf, aku dapati rupa-rupanya diri kita akan lebih tenang. Teringat satu ketika dulu, aku suka baca surat abang aku. Kawan perempuan yang bagi surat tu..( jahat kan baca surat orang tapi abg tak pernah marah sebab dia tahu ibu dan adiknya ni memang akan baca surat yang dia letak bersepah tu)

Waktu tu aku tingkatan 2 rasanya.. surat kawan perempuan abg aku tu ada terkandung satu nasihat yang sangat memberi kesan dalam hidup aku.

"Ammar, jangan lupa minta maaf kepada ibu setiap pagi sebelum mula kertas peperiksaan. Dan minta ibu doakan kejayaan Ammar."

Begitulah lebih kurang ayat terakhir dalam suratnya. Memang betullah kata 'makwe' dia tu. Perasaan jadi sangat tenang dan perhatian lebih fokus untuk menjawab soalan exam. Sejak hari itu, aku yang duduk kat asrama ni (selepas Form 3 la) setiap kali nak berpisah akan cium pipi ibu dan ayah memohon maaf dan doakan kejayaan aku.

Adik-adik aku yang lain rasa heran gak.. yelah pelik semacam, tak pernah pun buat camni sebelum ni. Macam petanda orang nak pergi 'jauh' je.. Entahlah, lebih baik kita buat camtu. Manalah tahu memang betul kita akan pergi 'jauh'.

Hari ini aku telah melakukan satu kesilapan kepada kawan aku. Difikirkan hanya gurauan tetapi nampak gaya mengguris hati. Aku rasa tak sedap hati lalu memohon maaf daripadanya. Sebelum tu, aku baru je pohon maaf daripada sorang lawyer ni, sebab tak sempat siapkan keje yang diberikan in time. Dan yang malangnya, kawan aku kena marah. Lepas tu, kitorang gurau takutkan dia. Jadi, mestilah minta maaf plak kat dia.

Sepertimana aku minta maaf daripada ibu, ibu akan jawab ,"yelah, ibu maafkan..", ayah juga begitu. Akak lawyer tu plak jawab ,"no need to apologise.." Jawapan ni semua membuatkan diri tenang dan gumbira..hehehe. Tapi yang sedihnya kawan aku ni tak jawab macam tu.. susah camni. Yelah, bila kemaafan itu dah diberi barulah kita puas.

Macam Tuhan kita takpelah Dia tak cakap ,"Aku maafkan kau" selepas setiap kali kita minta maaf daripadaNya. Sebab Allah dah cakap awal-awal lagi yang Dia Maha Pengampun. Kita pasti rasa tenang dan lega walaupun tak dengar Dia jawab apabila kita mengadu nasib dan memohon maaf daripadanya dalam doa.

Ada orang kata benda ni kecil je tapi aku tak rasa benda ni kecil dan bukanlah besar sangat..cuma penting sangat untuk diriku. Untuk kemaafan yang dipohon itu berjawab.. walaupun jawapannya tidak memaafkan. Teringat kata-kata AA Gym yang sangat aku minati ni :

"Saudaraku, kita harus memiliki kepekaan, bukan saja peka terhadap hal-hal besar, namun peka pula terhadap hal-hal kecil. Tidak ada satu pun yang besar kecuali diawali oleh sesuatu yang kecil. Semegah dan setinggi apapun gedung, pastilah ia tersusun atas bata dan besi-besi kecil. Begitu pun sebuah buku, ia tersusun atas kalimat-kalimat. Sebuah kalimat adalah rangkaian kata. Sebuah kata adalah rangkaian huruf. Dan sebuah huruf adalah rangkaian titik.

Titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat manusia. Walaupun kecil, tapi pengaruhnya begitu besar. Di dalam tata bahasa Arab sebuah titik bisa mempengaruhi makna sebuah kata. Tanpa titik beberapa huruf Arab tidak mengandung arti. Begitu pun bila salah menempatkan titik, maka makna sebuah kata dan cara membacanya jadi berbeda"

Sebagai contoh, bila titik disimpan di atas, maka kita membacanya nun. Bila disimpan di bawah, maka kita menyebutnya huruf ba'. Bila ditambahkan satu titik lagi di atas, menjadi huruf ta'. Bila ditambah satu titik lagi berubah menjadi tsa. Demikian seterusnya.

Tambahnya lagi, "Apa hikmahnya bagi kita? Kita jangan mengabaikan kebaikan sekecil apapun dan juga jangan menganggap remeh keburukan sekecil apapun. Kita harus selalu waspada terhadap semua hal kecil yang bisa menjadi amal atau yang bisa menjadi dosa. Kecil menurut kita belum tentu kecil dalam pandangan Allah."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...