header-photo

Samun bas



Aduh, trafik sesak ni. Susah pulak tu aku nak cilok. Inilah bebelan aku sewaktu naik moto nak pergi umah nenek.Tak pernah-pernah jadi begini. Hairan juga dibuatnya. Tiba-tiba ternampak satu bas merempuh pembahagi jalan.Aku pun cepat-cepat letak motor kat kaki lima. Macam biasalah, rakyat Malaysia. Pantang nampak kemalangan, semua nak datang jadi pelakon tambahan. Mulalah sok sek sok sek..

"Eh, apa yang berlaku tu."

"Alah, ada mat pit samun bas."

"La, tak reti nak bawa bas, curi bas plak. Ada sesiapa cedera?"
"2 orang perempuan."
"Si mat pit tu macamana?"
"Hah, lunyai habis orang belasah. Lepas tu baru bagi kat polis."

Inilah citer unreliable tentang kes samun bas. Maklumlah bila dah berkumpul. Cite pasal A dari sorang sampai ke orang terakhir dah jadi Z. Aku pun iyakan jelah apa yang diceritakan. Sekali esok hari lepas baca UTUSAN ONLINE, memang betul kejadian samun bas daa.. maknanya cite dia betul, cuma ada tambah rencah sket.Yelah bukan 2 orang cedera, tapi 4 orang. Erm, papepun lebih baik korang klik sini tgk berita sebenar.

Aku rasa penyamun ni kan dia terpengaruh cite omputih la. Al-maklum omputih ni hebat dalam kes-kes rompak samun ni. Macam-macam teknik dan skil diorang ada. Penonton pun kekadang terfikir, "Iye tak ye jugak,mungkin aku boleh cuba cara begini." Maka, terjadilah apa-apa yang dulu tak pernah terjadi.

Sorang Myanmar ni memang tak tengok cite omputih betul-betul lah. Kalau dia teliti, dia mesti rancang sebelum menyamun. Barulah segalanya berjalan lancar. Ish ish ish maafkan aku tersilap cakap. Macam nak menggalakkan jenayah pulak.

Bukan apa, memang buat apa-apa pun merancang tu penting. Kalau tak reti bawa bas, janganlah samun bas. Kalau nak samun pun, jangan pandu sendiri. Ugutlah si pemandu bas. (Ini bukan cadangan tapi apa yang selalu berlaku dalam cite omputih)

Cite pasal merancang ni, duit kita dari gaji pun kena dirancang belanjanya. Tetiba cite gaji, yelah waktu akhir bulan ni la orang dapat gaji. Kalau gaji RM10000 pun, kalau tak dirancang perbelanjaan mesti pokai jugak. Ada je kita dengar orang gaji RM500 keje di tengah-tengah bandar kl. Dia masih boleh hidup seperti orang biasa. Silap-silap ada saving.

Eh, cite pasal saving ni satu lagi hal. Lepas terbaca dalam Mingguan Wanita bulan Jan 2006, aku tersedar pentingnya saving. Tapi jangan simpan semata-mata, biarlah yang ada pelaburan. Jadi, duit akan beranak (istilah kiasan Melayu).Hmm.. aku dah terjumpa satu bentuk pelaburan. Melabur sket, pulangan banyak. Nak tahu kena tanyalah.. penat la menaip.

Prettt..tahi gagak hitam

Mungkin nasib badan. Itulah yang aku katakan pada diri aku bila baju aku terkena tahi burung. Maklumlah burung gagak memang bersepah tengah2 bandaraya ni. Waktu itu aku tengah nak melintas dengan Abang Man.

"Cuba tengok tu, Abang Man. Budak2 perempuan tudung labuh beramai-ramai ni."

"Haah la, apa dia buat tu?"

"Agaknya tengah cuti ni berjalan-jalan la tu."

Lampu isyarat pejalan kaki pun bertukar hijau. Jadi, kami pun melintas jalan dan berselisih dengan anak-anakgadis tadi tu. Eh, bebudak pompuan ni macam taknak ke tepi pulak. Baru kononnya nak senyum la kat bebudaktu, sekali Prettt!

Baru cadang nak solat Maghrib terus, tapi disebabkan kena musibah di'pret' dek gagak hitam, terpaksalahbalik rumah. Ish ish ish itu baru senyum kat pompuan, belum lagi 'ngurat'. Apapun, aku rasa hidup ini sebenarnya penuh warna-warni kann. Sesuatu yang dahulunya biasa, kini dah jadi pelik. Ni bukan citer pasal tahi tu, tapi pasal budak pompuan.


Pernah suatu ketika, negara kita dapat gelombang kesedaran agama. Waktu itu semua orang nak cakap pasal Islam.Yang tak bertudung dan berskirt pun sama. Sampailah mereka akhirnya bertudung. Iye, waktu tu ramai yang bertudung labuh.

Kemudian ada pula kes tentang si purdah hitam. M.Nasir ada buat satu lagu berkaitan si purdah hitam ni tapi tak ingat plak tajuk lagu tu. Tak salah nak pakai purdah, cuma dia gunakan itu sebagai alat menyembunyikan barang-barang yang dicurinya. Kalau law student mungkin tahu pasal kes seorang perempuan dihalang memakai purdah sewaktu bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Ini semua disebabkan curiga akan terjadi hal yang sama.

Tak lama selepas itu, trend ini tidak begitu popular. Dan baru-baru ini, keluarlah trend tudung Wardina, tudung Waheeda dsb. Macam-macam trend plak sampailah kepada satu tahap melihat tudung bulat sebagai janggal di ibukota.

Waktu aku keje pizza dulu, ada sorang minah ni. Aku selamba je tanya kenapa tak pakai tudung? Jawab dia sebab nenek dah meninggal.Tambah plak dia kata, "orang pakai tudung pun buat maksiat, buat apa nak pakai tudung." Eh, terkejut aku dengar jawapan dia. Fikir punya fikir, aku rasa kesian kat dia. Dia tak salah sebab dia tak faham.

Erm ,ramai ke antara emak, kakak, adik pompuan kita atau kawan pompuan, awek ke.. yang tahu ada ke ayat Quran suruh pakai tudung? Ada ke kata pakai tudung bulat? Ada ke kata tutup rambut? Nak tahu kenalah kita cari.. kekadang tu disebabkan dok follow apa yang orang cakap je pun susah. Nak puas hati cari sendiri.

Jadi, janganlah nak pandang hina orang tak pakai tudung atau merendah-rendahkan orang yang tak ikut ajaran agama. Sebab diorang pun manusia biasa. Bezanya mereka dengan orang yang pakai tudung dsb ialah pengetahuan dan kesedaran. Mungkin hari ini kita sedar, tapi akan datang tetiba jadi tak sedar dek kerana keadaan sekeliling membuatkan kita jadi gitu.

Ini tidak, ada yang tolak terus orang-orang begini. Mana boleh macam itu. Kalau pun kita kata dia dah tahu tapi saja taknak pakai tudung, Islam tak suruh kita pinggirkan dia. Kalau tak, masakan si pelacur yang beri anjing minum dijanjikan syurga?

Hidayah bukan milik kita.. cuma insan bernama Hidayah mungkin boleh jadi milik kita hehehehe

Ek Eleh Anak Emak


Atas kerana hubungan istimewa inilah, aku pasti menurut setiap kata ibuku. kaau disuruh, wajib dibuat. Kalau dilarang, wajib ditinggalkan. Tapi ini tidak bermakna setiap yang ingin aku lakukan mesti merujuk kepada ibu. Mungkin ada yang meletakkan istilah 'anak emak' bagi orang macam aku.

Nak diiyakan pun tidak, nak dinafikan pun tidak. Yalah, kalau aku ini bukan anak emak, aku anak siapa pula? Lagipun syurga itu bawah telapak kaki ibu. Cuma kalau diikutkan makna istilah yang diperkenalkan itu, ia bermakna anak lelaki yang sangat bergantung kepada ibu dalam hampir semua perkara.

Baru-baru ini aku terbaca dalam HIP Berita Harian artikel tentang 'anak emak'. Semua responden perempuan kata 'anak emk' ini tak pandai berdikari dan mereka tak suka pada orang lelaki begini. Kalaulah yang dimaksudkan itu adlah istilah yang sudah tergun pakai sebegitu, aku pun tak setuju. Sebabnya dalam usia yang menjangkau dewasa, seorang anak lelaki mesti sudah boleh buat keputusan sendiri.

Walaupun gitu, aku ada pandangan lain sket. Biarlah orang lain melabel seorang lelaki itu 'anak emak' engikut definisi mereka. Mengikut definisi aku, 'anak emak' ini sangat penting kerana tanggungjawab utama dia sejak kecil sampai mati serupa iaitu untuk meletakkan ibunya di tingkat teratas prioriti urusan dunia.

Tanggungjawabnya takkan berubah seperti seorang perempuan kerana selepas perempuan berkahwin tanggungjawab berpindah kepada si suami. Itulah pasal ramai emak menangis apabila anak gadisnya dinikahi. Isk isk isk..tersedih plak sebab adik aku tak lama lagi pun jadi milik orang..isk isk

Hah, jangan salah paham plak. Yang dimaksudkan tingkat teratas tak bermakna, waktu tengah keje, tetiba emak call kata balik sekarang, maka ditinggalkan plak keje dan terus balik (lainlah kalau emergency case). Yang aku maksudkan adalah seorang anak yang merujuk ibunya apabila membuat sebarang keputusan dengan tujuan mendapat REDHA ibunya. Bukan umpaa lembu dcucuk hidung yang membabi buta ikut sahaja telunjuk ibu. Yang penting, BINCANG..

Aku teringat citer cerekarama TV3 'Jatuh Cinta Sekali Lagi'. Apabila si suami jatuh cinta dengan setiausahanya, dia seolah-olah terlupa pada isteri. Bahagian ni aje yang aku berminat nak sentuh. Perkara ni nak diqiyaskan/disamakan dengan seorang lelaki yang melebihkan perempuan/isteri daripada ibu.Sebelum berkahwin, selalu utamakan ibu. Tetapi bila dah dapat isteri cun melecun, ibu pun terkadang ditengking dan dilupakan. Kenapa dia buat gitu? Demi siapa? Demi orang yang baru dicintainya.

Bukan kita tak pernah dengar pun citer macam ni. Orang kata dah biasa la.. tp kata Fadzillah Kamsah, "biasa tak semestinya betul.." dan apa yang dibuat is excusable.Tak salah melawan ibu kalau dia 'control' keluarga kita hingga mendatangkan mudarat syarie (spt menyebabkan isteri terseksa, anak tak terjaga, kehidupan keluarga porak peranda, cerai-berai dsb). Cuma melawan itu biar betul caranya.

Tapi hairan plak kenapa seorang yang tak menjawab panggilan ibunya sewaktu solat, tak dapat mengucap kalimah syahadah dan susah untuk meninggal, sedangkan dia sedang berurusan dengan Allah?

Aku Sayang Ibu

Seperti biasa, pada setiap hujung minggu, aku, ibu dan adik bongsuku akan mengambil ayah di Jaya Jusco.Ayah yang sudah hampir setahun bekerja di Klang, Selangor hanya berada di Melaka pada hari cuti. Bas ekspres Triton yang dinaikinya akan melalui daerah tempat tinggal kami sebelum ke destinasi terakhir, Melaka Sentral.


"Kalau ayah naik bas dalam pukul 7 malam, biasanya akan sampai sini pukul 9 lebih,"kata ibu bila akubertanyakan tentang waktu ketibaan ayah. Adikku yang diamanahkan jadi ketua kelas cukup sibuk membeli barang-barang hadiah untuk menyambut harijadi kawan-kawan dan Hari Guru. Baki wang terkumpul itu diberikanguru kelas kepadanya sebagai upah. Aku hairan juga pada gurunya mengapa diberikan baki itu pada adik aku.Bukan 10 atau 20 ringgit tapi mencecah 100 lebih. Ini dah melampau..

Tapi, dia dah beritahu pada cikgu yang duit ni banyak sangat, cuma cikgunya tu tetap minta dia ambil. Apalagi? Hehehe, adik aku menjadi mangsalah nampaknya.


Sementara menunggu ayah tiba, kami pergi ke Jaya Jusco dulu nak belikan hadiah untuk nenek. Yelah, sempenaHari Ibu ini, ibu pun nak berikan pada ibunya. Tetiba teringat pula pada nenek saudara yang banyak membantukami.Jadi, dua barang lah nak beli. Pakai duit siapa? Hehehe pakai duit adik aku lah. Dia pun rela..


Apa yang aku nak kongsikan kali ini ialah tentang Hari Ibu sebenarnya. Aku dan Ibu mempunyai satupertalian misteri. Pertalian yang sangat akrab sehinggakan apa yang keluar dari mulut ibu itu sangat masin.Hmm, bagi yang rapat dengan aku memang mereka tahu pasal ni.


Apa tidaknya, kalau aku tak dengar cakap memang serta merta balasan kena pada aku. Takdir? Hmm, ye memang juga.Kebetulan? Hmm, tak mungkin. Apapun tafsiran orang ramai, bagi aku ini adalah hubungan ruh yang takdapat digambarkan. Sejak aku kecil sampailah dewasa ni, macam-macam pengalaman aku rasai. Kalau dikirakan,ada tiga kejadian insiden berlaku dek kerana tak dengar cakap ibu. Itu yang besar-besarlah.

1

Bukannya perkara besar pun, sekadar nak pergi main bola, atau pergi rumah kawan, atau pergi rumah nenek."Ibu, boleh tak suhail pergi rumah Nek Cot? Diorang ajak pergi berkelah.""Tak boleh. Duduk kat rumah ni."Dalam diam-diam, aku melarikan diri dengan menaiki basikal bersama abang aku yang lagi degil daripada aku.Alhamdulillah, aku selamat sampai dan pergi ke pantai pengkalan balak dengan seronoknya. Jeng jeng jeng, tetiba aku diajak abang, pakcik dan makcik aku untuk ke tengah pantai. Masing-masing ada pelampung yangdisewa dengan harga 50 sen. Semua orang pada waktu tu masih sekolah rendah.

Tiba-tiba apabila di tengah-tengah, kakiku seolah-olah ditarik oleh sesuatu. Aku tenggelam, pelampung je tinggal di permukaan. Yang lain semua dah panik.
"Abah, Suhail lemas.." jerit makcik aku. Abang aku cuba mencapai tangan aku tapi tak berjaya. Datuk akupada waktu itu sedang berehat di tepian pantai. Hmm, bukan seminit dua aku tenggelam, mungkin hampir 5 minit.Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana keadaan aku pada waktu itu. Orang semua cemas, tetapi aku tak rasa apa-apa melainkan kakiku ditarik. Aku semacam boleh bernafas dan tak lemas pun.


Apabila aku diselamatkan datuk, semua orang lega. Aku hanya terfikir satu sahaja. Inilah akibat 'derhaka'kepada ibu. Hmm, bukannya aku buat benda jahat pun. Ini pergi ikut saudara je.. Apapun, kejadian ini membuatkan aku lebih berjaga-jaga.

2

"Ibu, Suhail nak pergi rumah kawan sekejap. Ada buat sambutan harijadi.""Tak boleh."Aku tetap nak pergi. Siapa taknak berseronok dengan kawan-kawan. Dia ni anak orang kaya. Duduk di BukitPeringgit. Rumah lama tinggalan British yang dijadikan perumahan anggota kerajaan. Memang tinggi..penat juganak daki bukit naik basikal. Mujur aku ada basikal Lerun yang dihadiahkan ayah dulu. Harganya waktu itukalau tak silap RM200.


Dipendekkan cerita, sewaktu pulang dari rumah kawan aku, aku ternampak seorang budak kecil memanjat pagar.Dalam menderu laju, aku berpaling melihat kepada budak itu. "Adik, turun..nanti jatuh." Ceh, bagi nasihat. Yelah, budak itu kecil sangat tapi dia macam tak harian. Sebelah tangan kanan aku angkat memberi isyarat turun.
Tiba-tiba.. Dumm!Aku terlanggar sebuah kereta. BUkannya aku dilanggar kereta. Dah pulak, kereta tu bukannya bergerak tetapi diparkir di tepi jalan. But kereta tu terkeluar sedikit masuk ke jalan.


Dengan ketinggian 148cm (darjah enam) dan kaki terjengket apabila duduk atas basikal itu, aku terjatuh.Tau kan basikal Lerun pada waktu itu mempunyai sebatang besi tegak selari dengan tempat duduk. Kedudukanbesi tu agak tinggi. Jadi, apabila aku terjatuh maka terhentaklah aku di batang besi itu. Aduhh, faham-faham sajalah. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.


Yang kelakarnya, empunya bengkel kereta yang letakkan kereta itu, terus datang kepada aku. "Adik tak apa=apa ka?" (Dibaca dalam nada sebutan India) "Kalau ada apa-apa abang boleh ambilkan minyak kasi letak itu tempat sakit."Hmm, aku geleng sahaja sebab 'tempat' tu tak perlu disapukan minyak. Tahan jelah, nanti ok. BUat muka selambaje, tak tahulah dia tahu ke tidak mana sakitnya.Itulah akibat 'derhaka' pada ibu.

3

Yang paling sakit, apabila aku dan abang aku melarikan diri pergi rumah Nek Cot tanpa kebenaran ibu. Kakiaku tersepit dalam rim basikal. Abang aku tunggang basikal, aku bonceng kat belakang. Basikal Lerun aku tutakde tempat letak kaki (untuk pembonceng). Jadi, aku letakkan kaki di tepi rim (ada batang besi menghubungkan rangka dan roda).


Maklumlah, nak melarikan diri, mestilah abang aku memecut. Ke kanan ke kiri badan aku dibuatnya. Bila sampai di kawasan berbatu kerikil itulah kaki aku dah melilau (bahasa orang Melaka). Tetiba, basikal terhenti serta-merta sebab kaki aku tersepit menghentikan pergerakan roda belakang. "Adoii..."


Kekawan Taman Desa Baru yang sedang main bola semuanya datang kepadaku. Seorang berlari memanggil ayah aku yang kebetulan atas motor di laluan yang sama tetapi mendahului kami. Seorang lagi balik ke rumah mencarisepana. Ada yang cuba tarik kaki aku, tapi tak boleh keluar. "Jangann..,"aku menjerit kesakitan.


Akhirnya, ayah aku bawa balik ke rumah dan kakiku terseliuh dan sembuh selepas seminggu. Meraung aku dibuatnyaapabila ayah mengurut kakiku yang bengkak sebelah. Hmm, patutlah kaki kiri ni 'pengkau' je tendang bola.


Banyak lagi, kisah-kisah lain seperti hampir ditahan polis akibat tak dengar cakap ibu, naik motor tak berlesen,nak pergi ke kedai depan rumah. Yang tadi semuanya berlaku sewaktu sek. ren. Yang ini waktu sek. men."Nanti ditahan polis baru tahu." Itu kata-kata yang ibu ucapkan apabila melarang aku ke kedai. Sejak hari itu,kalau aku nak kedai (waktu takde lesen), bila ibu nak cakap apa-apa, aku cakap, "jangan sebut, ibu.." Yelah,takut kalau-kalau jadi perkara yang diucapkan.
_____

Sekarang aku sudah berumur 23 tahun. Kisah-kisah ini masih terpahat dalam memori. Jangan derhaka pada ibubapa.Setakat kes-kes aku, semuanya berkaitan ibu.


Cuma, sewaktu aku nak tunggu ayah baru-baru ini. Kejadian tak diingini berlaku lagi disebabkan 'derhaka' pada ibu. Bunyi derhaka itu macam satu 'disobedience' kepada ibu dalam hal-hal yang berat atau besar. Tetapi pada diri aku, segala-galanya yang datang dari ibu berbentuk arahan atau larangan yang tak dipatuhi. Walaupun perkararemeh.
Aku seolah-olah memarahi ibu sebab membuatkan aku kelam-kabut cari tempat parkir di Jusco. Sekejap ibu kata kanan,sekejap ke depan, sekejap tempat biasa. Arahan tak jelas. Dalam seminggu tu, kalau dikirakan tiga kali ibu berikanarahan yang kurang jelas kepada aku. Dan apabila aku buat, disalahkan pula aku sebab tak sempurna kerja keranaada sesuatu yang kurang. Contohnya, ibu suruh ambil 'penggelek' cat. Aku pun ambillah, rupa-rupanya maksud ibu, ambil penggeleknya, berusnya, dan bekas cat sekali. Jadi, kesilapan ini kekadang buat aku panas-panas suam la.


Entah kenapa, aku mengungkit tentang arahan-arahan tak jelas itu selepas mendapat tempat parkir tu. Nak katanada aku macam marah, tak juga. Aku cuba cakap dengan lembut tetapi mungkinlah disebabkan aku mengungkit, ibu terasa hati. Tapi, selepas aku 'marah' tu, aku jadi macam biasa, relaks dan riang.Ibu pun tak nampak macammarah,cuma terdiam sikit waktu aku 'marah' tadi. Sekarang nampak ok.


Hah, ini yang hairan tu. Tetiba sahaja, aku terasa gatal kepala. Uish, gatal sangat-sangat. Tergaru-garu aku di khalayak ramai. Sekajap garu di kanan kepala, sekejap di kiri kepala. Aku pun bertanya pada ibu, "Ibu, entah kenapa tiba-tiba rasa gatal sangat." Pada fikiran aku, ini mesti sebab tak syampu kepala kot. Kebiasaannya setiap hari aku akan syampu kepala tetapi baru-baru ini tak. Tak terfikir pula tindakan aku tadi tu merupakan satu bentuk penderhakaan.


"Hah, itulah. Marah ibu lagi," jawab ibu. Tersentak aku. Baru aku sedar, mungkin betul itu sebabnya. Ibu beritahuaku pun waktu kami dalam perjalanan nak ambil ayah. Aku terus minta maaf kat ibu. Malam selepas pulangke rumah, kepalaku sudah tak gatal lagi. Pelik ke? Hmm, inilah pertalian misteri aku dan ibu. Tak semua anakdiberikan hubungan sebegini. Yang paling ketara hanyalah aku dan adik lelaki aku.


Maka, aku semakin sedar. Rupa-rupanya selama ini, apa yang berlaku itu bukan kebetulan. Itu memang takdiryang ditentukan oleh Yang Maha Esa apabila hati ibu terguris walaupun sedikit akibat anak yang dikandungnyaselama 9 bulan, penuh dengan keperitan menahan sakit, belaian dan kasih sayang yang diberikan saat kelahiran, kesengsaraan yang dihadapi dalam membesarkan; akhirnya dibalas dengan penderhakaan dalam apa jua bentuk.


Semoga insiden-insiden yang berlaku ini memberikan kesan positif pada diriku untuk mentaati ibu sepanjangmasa. Kejayaan yang dikecapi walau tinggi mana pun tahap pendidikan kita jangan sekali-kali membuatkankita merasa lebih pandai atau hebat daripada ibu yang tak se'hebat' kita. Hargailah jasa mereka dan lakukanyang terbaik untuk mereka kerana merekalah harta paling berharga bagi seorang anak (terutamanya anak lelaki) dunia dan akhirat. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Aku sayang ibu..

12 Mei 2006

8.18 malam

BBI

CAPSTER : Alternatif baru bagi minah sukan





Perkembangan terbaru pakaian hijab ni dicipta oleh orang Dutch tau. Nama dia, Cindy Van Den Breman. Dia cipta tudung gaya ni untuk wanita muslim bersukan. Ini adalah alternatif bagi diorang bersukan daripada dok pakai yang biasa yang kekadang mengganggu pergerakan mereka untuk bersukan.

Hmm amacam, nampak macam ok kan? Alternatif bagi orang tetap bertudung walaupun dia minah sport. Ini juga nak mengelakkan daripada tudung mereka terkoyak atau terbuka semasa bersukan. Nama tuduung ni ialah CAPSTER.

Mengapa industri ini dipelopori orang bukan Islam? Mana orang Islam? Takkan kita ni tak kreatif kann? Entahlah, yang penting orang bukan Islam ni sangat rajin buat kajian demi keuntungan material.

Sesuatu yang belum wujud bila dicipta pasti akan menarik perhatian. Kita? Apa yang kita telah cuba cipta? Ya, daripada sesuatu yang belum wujud..hmm, entahlah.

Teringat sorang lecturer aku beritahu dalam subjek Islamic Worldview, "we'll never be ahead if we are developing something which has been developed by others. Once we achieve that development, they could have been invented a new technology which later been followed by us. It's like a train. We are in the back coach and will never be ahead."

Betul gak kata Dr. Mustafa Tajdin tu. Jadi, untuk kita menyaingi orang lain, kita kena cipta sesuatu yang belum dicipta. Hmm, tengoklah Cindy ni. Dia dah cipta sesuatu yang baru. Sekarang stok pun da abis. Caya tak? Tak caya cuba tengok layarilaman ini.

Yang guna dan beli siapa? Orang Islam jugak..hmm, tak salah tapi rugilah kann. Hmm, sape yang ada kemahiran tu cubalah tolong cipta sesuatu yg baru tu yer.. biar korang plak yang popular (tp bukan ini matlamat kita). Yelah, macam haritu masuk paper, kita risau pasal sosej tak halal tapi rupa-rupanya takde satu pun syarikat Islam buat sosej. So, sape nak dipersalahkan? Hmm tak payahlah tuding jari kann..

Lets change the world.. WORLD.. MAWI hehehe

p/s : Dari segi tudung ni mungkin tak cukup syarat syarak kot..Yelah, orang bukan islam manalah tahu.. yg baiknya mungkin minah2 sport melayu yg tak pakai tudung bole cuba.. wlp tak cukup syarat, it's good for a 'beginner'.. yup, a thing to ponder

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...