header-photo

Tidak pernah ku membenci

Memang itulah kebenaran yang tak aku sangkalkan. Tidak suka bukan bererti membenci. Apakah setelah begini lama aku bersama dalam satu bahtera yang membawaku jauh merantau ke seluruh dunia, kini perlu ku turun dan berenang sendirian ke tepian?

Dalam bertahun-tahun lamanya aku melayari bersama bahtera ini, aku harus berenang. Biarlah ku terjun dalam lautan bergelora walaupun tak pernah ku nafikan bahawa bahtera ini sangat berjasa kepadaku.

Tak pernah ku katakan ku membenci bahtera itu. Aku telah diajar cara berjalan, cara minum makan dan pakai, cara bertutur sopan dan bertenaga, cara mengaji, cara melihat dan memerhati, segala-galanya banyak berlaku dalam bahtera.

Pelayaran jauh membawaku ke negara yang pelbagai. Adakalanya datang ribut. Adakalanya datang taufan. Dan adakalanya sunyi sepi di tengah lautan. Semuanya sudah kurasakan. Kedinginan malam sama-sama dirasai, kehangatan siang sama-sama didepani.

Aku tak pernah membenci..aku cintakan bahtera itu. Aku sayangkan bahtera itu. Namun, diriku bukan keperluan bahtera. Ada atau tidak diriku ini, bahtera tetap bergerak. Aku yakin pada kekuatan anggotanya. Dia punya pendayung, pemain rebana, pengemudi dan sebagainya. Kerana wujudnya aku sama kesannya dengan ghaibnya aku.

Usah lagi dicari ke mana diriku kerana lautan itu luas. Aku yakin jika diizinNya, aku mampu berenang. Usah kau lewatkan perjalanan kerana mencari kelibat diriku. Usah kau sia-siakan tujuan yang kau dambakan.

Walaupun pada asalnya aku sakit dipukul ombak, hingga dadaku sesak untuk bernafas. Walaupun aku pada awalnya ditenggelami air, aku sudah timbul kembali. Walaupun aku pada awalnya tertelan masinnya laut, aku sudah biasa dengannya.

Dalam kepayahan, rupa-rupanya ada keindahan. Suatu yang tak mungkin dirasakan bagi yang sentiasa dalam kesamaan. Kesamaan yang tidak menuntut kelainan dalam citarasa mengemudi. Kerana itulah aku, yang tidak mampu berada dalam kesamaan yang turun-temurun. Dalam kepalaku tidak sama isinya dengan yang lain.

Mungkin ada baiknya aku pergi..aku tidak pernah membenci.


TOYOL : Suatu kejutan









Anda Berbakat?

Pencarian ini adalah untuk pengeluaran non-profit magazine (untuk promosi awal) yang melibatkan isu generasi muda. Majalah FRESH ini perlulah memaparkan kisah anak muda, isu berkaitan anak muda, dan apa sahaja yang menarik minat anak muda.
Sekiranya anda kreatif dan inovatif untuk menjadi pelopor kepada pembikinan majalah FRESH, apa tunggu lagi, sila berikan resume ringkas dan cadangan cover page/pengisian dalam FRESH.
Bagi sesape yang bercadang jadik graphic designer, cuba cari sesape sebagai model (sorang aje) untuk cover page. Tak kisahlah gambar tu baru korang amik, atau pun gambar dah sedia ada sesape pun (artis pun takde hal..). Yang penting, cover page tu nampak stylish and attractive.
Bagi sesape yang bercadang nak jadi Ketua Redaksi, korang boleh hantar resume gak dan cadangan pengisian dalam FRESH. Cthnya korang rasa majalah ni perlu ada ruangan kongsi rasa (utk kaunseling prob), ruangan kenali tokoh (maybe kita interbiu menteri ke), ruangan nukilan (utk bebudak tulis sajak/cerpen), ruangan jalan-jalan (untuk bebudak hantar gambar pi jejalan etc.).. ini sekadar contoh skema sket.. terpulang pada korang. Yang penting, setiap ruangan tu tulislah sket penerangan tentang ruangan itu. Then, gtau gak berapa ramai wartawan / team member yang diperlukan dan ruangan yang diorang in-charge. Kalau dah ada nama lagi baguih..
Oklah, cepat hantar korang punya resume dan perkara yang berkaitan tu.. jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Semua perlu kenal

Inilah tokoh yang aku kenali sewaktu pergi ke Christmas Island, Australia. Di sana aku dapat berkenalan dengan seorang pakcik yang cukup meminati AA Gym.

Kisahnya pakcik ni dia mencari bahan ceramah untuk mengisi kekosongan jiwanya tetapi tiada di CI. Jadi, kebetulan dia menguruskan hal perkapalan, dia pun berkenalan dengan orang-orang Indonesia yang membawa barangan dari Indonesia ke CI. Merekalah yang mengenalkan AA Gym.

Aku suka sangat pada perwatakan dia dan cara penyampaian dia. Dia memperkenalkan konsep MANAJEMEN QALBU dalam menguruskan kehidupan serba macam ujian dan dugaan ini.

Macamana aku boleh tertarik ialah apabila aku melihat ceramahnya yang begitu simple dan menarik 'hati' kita untuk turut sama merasai indahnya Islam.

Biasalah kalau dia buat ceramah dan nyanyiannya bersama anak-anak didiknya hingga menyebabkan orang menitiskan airmata menyesali kesalahan lampau. Stadium besar manapun pasti penuh hinggakan betul2 di depan pentas ada yang sanggup duduk bersila.

Hmm, bukan orang Islam sahaja, malahan 'umat' Kristian juga tertarik dengan model yang dibawanya. Macamana nak aku terangkan pun dah tak tau, cubalah korang pergi lamannya ..

http://jkt.detik.com/kolom/aagym/

http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/a/abdullah-gymnastiar/index.shtml



http://images.google.com/imgres?imgurl=http://img.timeinc.net/time/asia/magazine/2002/1111/gym.jpg&imgrefurl=http://www.time.com/time/asia/magazine/article/0,13673,501021111-386977,00.html&h=197&w=300&sz=22&tbnid=BhLH89R2UCdGsM:&tbnh=72&tbnw=111&hl=en&start=19&prev=/images%3Fq%3DAa%2BGym%26svnum%3D10%26hl%3Den%26lr%3D%26rls%3DWZPA,WZPA:2005-48,WZPA:en



Antara kejayaannya :


Memiliki hotel untuk disewa.

...juga memiliki stesen TV dan radio tersendiri (MQTV dan MQ.fm)



Ceramah motivasi pasti melaut orang yang hadir



Pengeluaran buku, kaset-kaset, cd, vcd sudah kemestian..



ABDULLAH Gymnastiar (belakang tengah) berfoto bersama rombongan shaolin yang mengunjungi Pesantren Daarut Tauhid



Sangat mesra rakyat dan telah berjaya mengubah masyarakat Bandung menjadi orang yang pembersih



Dikunjungi oleh Duta Besar Jepun



Memiliki pusat latihan fizikal ala ketenteraan (kemahiran yang ada : payung terjun, menembak dll.)



Gaya santai bermotor besar



Ramai bersetuju dia berganding dengan seniman Iwan Fals


dan banyak lagi... sila layari laman rasmi MQ dengan klik DI SINI

Speechless

APA YANG KORANG NAMPAK ?

























Apa persamaan yang aku nampak ni sama tak dengan apa yang kau nampak? We can go for international huh?.. should we?

Update FOTOPAGES

UPDATE GAMBAR FOTOPAGES AKU..COME VISIT MINE NOW!
Juz click on my fotopages as shown at the side bar or click here




Demonstrasi Bantah Karikatur TAK BERKESAN

Saya tidak berhajat nak memburukkan umat Islam itu sendiri. Dalam urusan antarabangsa hari ini, Amerika dan kuasa Barat sungguh dominan dalam menentukan baik buruk suatu perkara dari pandangan dan fahaman mereka.

Maka, bagi mereka karikatur penghinaan Nabi Muhammad itu adalah satu hak asasi yang dibenarkan. Apa salahnya mereka buat begitu? Itu adalah hak mereka, bak kata penerbit Akhbar Denmark tersebut.

Tapi, bagi kita ia merupakan satu penghinaan. Maka, umat Islam seluruh dunia bersatu-padu melawannya dengan mengadakan demonstrasi. Ada yang aman dan ada yang tidak. Ada yang bakar bendera dan ada juga yang bakar kedutaan. Umat Islam yang berserban dan berjubah juga berjilbab turut melaungkan kata-kata marah kepada mereka.

Pasti kita juga berasa marah atas penghinaan Nabi kita. Saya teringat hal ini pernah dijadikan debat di UM bertajuk " Isu Karikatur : Kita Melampau atau Mereka Melampau?". Cukup menarik isu ini diperdebatkan. Namun, pada pandangan saya sebagai penonton merasakan hujahan bahawa mereka (org kafir) yang melampau tidak cukup kuat kerana hujahannya hanya boleh diterima pakai oleh orang muslim dan dirasakan rasional oleh orang muslim sahaja.

Mari kita lihat keratan terbaru akhbar hari ini :



Adakah ini menunjukkan bahawa demonstrasi itu dapat memberikan tekanan kepada mereka untuk memahami sensitiviti kita apabila disentuh isu Nabi tercinta? Bagi saya, ianya gagal.

Kenapa saya kata begitu? Sebabnya sesetengah umat Islam sendiri yang tidak berstrategi dalam menangani banyak isu melibatkan Islam. Bagi saya, sengaja Allah buat begini untuk uji umat Muhammad.

Apabila sesuatu isu timbul tentang Islam, kita melenting dan tidak cuba menerangkan apa itu Islam? Mereka yang buat begitu kerana jahil. Kita sepatutnya membantu mereka memahami apa sebab kita marah karikatur Muhammad. Jika mereka bercakap hal hak asasi, mengapa tidak dibincangkan apa yang dimaksudkan hak asasi secara rasional bukan emosional. Para ulama dunia seharusnya mengadakan DIALOG ANTARABANGSA. Inilah juga saranan Bill Clinton yang mengatakan, "Adakah mereka tahu perbuatan mereka suatu penghinaan kepada Nabi Muhammad?".

Tindakan membakar bendera dan bangunan adalah mencemarkan kedaulatan sesebuah negara. Umum mengetahui Rasulullah dilempar najis dan dibaling batu oleh seorang Yahudi sehingga luka-luka badannya apabila melalui suatu jalan. Itu menunjukkan tindakan jahat orang Yahudi membenci Nabi. Apa Nabi buat? Nabi baling balik batu pada dia? Nabi pukul dia? Nabi bakar rumah dia? Nabi hina dia?

TIDAKKK! Tidak sama sekali. Bahkan untuk Nabi cari jalan lain pun boleh, tetapi Nabi tidak begitu. Nabi membiarkannya mengulangi kejahatannya. Sehingga apabila dia tak buat begitu lagi, Nabi pelik dan pergi melayannya yang sedang sakit.

Apa Nabi buat? Nabi buat baik kepada orang yang buat jahat kepada baginda. Kita pun seharusnya buat baik kepada orang yang hina Nabi. Ya, saya tak nafikan ada antara kita seperti Saidina Umar. Tetapi seeloknya kita hadapi dengan cara yang berhikmah kerana kita tahu mereka sengaja buat begitu untuk provokasi.

Kita perlu tahu juga apa mesej yang mereka bawa? Mereka ingin menunjukkan bahawa Muslim = Terrorist. Betul ke? Tak perlu jawab. Sebab mereka bukan hendak mencari kebenaran tetapi sengaja menimbulkan hal ini untuk melihat kita melenting.

Come on guys, we should not be stupid and being played with their agenda. Bear in our mind what a famous muslim scholar in US, Dr. Ahmad Totonji said:


We keep on denying what they accuse us which makes us wasting our time and neglect of showing the kindness, the beauty, and the simpleness in Islam. We beleive that Islam teaches us everything from the toilet thingy to conquering the world..

Thus, I would be thankful to my friend, Suhadak and his team trying to tackle the issues by caricature too. You may see the cartoons by clicking here or by visiting PKPIM website.

Mana lebih baik : TUA atau MUDA ?


Antara tua dan muda, yang mana satu pilihan kalbu?

Kalau soalan ini untuk dijawab pasangan kekasih, ia mungkin membuntukan fikiran. Siapa kata muda lebih baik? Isteri pertama Rasulullah pun lebih tua daripada umur baginda.

Nak dikatakan tua lebih baik, orang-orang tua kita pula sarankan kita (bagi lelaki) cari pasangan yang lebih muda umurnya daripada kita.

Jadi, antara daun kering dan rumput hijau yang muda, yang manakah nampak cantik di mata? Hmm, susah juga nak jawab walaupun pandangan kasar mata kita digunakan.

Begitulah juga dalam memilih pasangan. Ada orang akan kata si dia cantik, lawa dan sebagainya tapi ada orang lain pula mengatakan sebaliknya. Pendek kata, semua ini SUBJEKTIF.

Antara barangan lama dan baru, yang mana lebih baik?

Susah juga nak jawab soalan ini sebab banyak je kes kereta lama yang menyusahkan pemiliknya walaupun nampak cantik dan murah. Hmm, jadi kereta baru baguslah? Iya, nampaknya begitulah tetapi belum tentu juga. Beli Gen2 baru, tak sampai setahun dah kena tukar cermin auto, pembuka pintu etc sbb selalu jammed..

Ada orang suka simpan barang-barang lama untuk koleksi kerana bagi mereka ianya berharga. Namun, ada juga yang menganggapnya sekadar sampah yang perlu dibuang.

Orang-orang tua banyak yang tak suka barangan baru. Kata mereka, ianya tak kuat, tak tahan lama, tak lasak. Harap mahal jer.. Tapi, tidak bagi orang-orang zaman kini. Kita merasakan barangan baru dan moden ini memudahkan kerja harian kita. Pelik kan? Masih ada seorang makcik tu taknak makan nasi yang ditanak dalam periuk elektrik dan sanggup membakr kayu api untuk menank nasi secara tradisional. Kenapa ya? Jawapannya tetap RELATIF.

Jadi, janganlah kita cuba banding-bandingkan antara satu sama lain kerana persepsi seseorang terhadap suatu perkara mungkin berbeza. Kita harus hormati pendirian seseorang itu dan mesti dia punya sebab cakap begitu. Dan tak usahlah nak pertahankan sangat diri itu seolah-olah kita sahaja yang betul kerana orang lain punya hujahnya sendiri yang dia yakin dia pula yang betul.

NAK GADUH? HMM, BUANG MASA SAJA..TERUSKAN HIDUPMU DAN ABAIKAN APA ORANG KATA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...