header-photo

Selamat Hari Raya



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada yang tersayang ibu dan ayah juga adik-beradik dan sanak-saudara.

Tidak lupa juga kepada teman-teman perkenalan sejak Tadika Al-Huda, Melaka; Sek. Ren. Keb. Jln. Datuk Palembang, Melaka; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMAP Labu, Negeri Sembilan; dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Buat rakan-rakan seperjuangan PKPIM didoakan agar kita diberi kekuatan untuk terus berjuang atas nama Islam dan mengekalkan gerakan yang kita dokongi sebagai sebuah gerakan dakwah yang sebenarnya. Salam Aidilfitri buat para pejuang sekalian.

Akhir kata, saya mendoakan diri saya dan keluarga juga sesiapa sahaja yang mengenali diri ini agar diberikan ganjaran yang dijanjikan Allah dalam Ramadhan yang lepas dan diberi kekuatan iman untuk meneruskan amal ibadah untuk bulan-bulan seterusnya.


Gambar di atas adalah gambar raya kanak-kanak zaman 50-an..comelkan anak-anak kecil tu..

Bernostalgia..

Memang seronok bila dikenangkan zaman sekolah. Zaman yang penuh keseronokan dan pengajaran untuk kehidupan mendatang. Erm, waktu sekolah menengah dulu pun kata sama camtu. Dok kata sek. ren. lagi seronok. Erm, sama gak waktu sek. ren. kata tadika seronok. Hmm, adakah ini hakikat seorang manusia? Manusia yang sering terhimbau kisah silam. Yang merasakan sebelum itu lebih seronok daripada selepas. Maknanya kita lebih puas dengan yang lepas atau yang sedang kita lalui?

Yup, ada yang mula kata sekarang ni kepala dah banyak pening. Terlalu banyak perkara nak pk. Kalau dulu, kita relax dan enjoy nak buat apapun. Sekarang gak dah banyak tanggungjawab. Kalau dulu, orang tak bagi pun task sebab kita memang belum layak untuk itu. Jadi, mana sebenarnya best? Adakah beban otak dan jasad ini adalah satu bala bencana bagi kita? Eh, takutnya dengar soalan tuh (bagilah ayat yang ok sket..) Maknanya apakah apa yang kita lalui ini suatu yang tak sanggup kita lalui (hah, camnilah..)?

Nak tau tak satu hari nanti, semua yang seronok dulu2 yang kita katakan itu akan di'flashback' untuk tontonan umum. Yeah, macam tengok wayang lah (kononnya la sbb aku pun tak pernah lagi tengok.. juz dgr citer je). Waktu tu diceritakan takde pun orang gembira, kebanyakannya menangis. Eh, apsal gitu? Bukan ke kita kata zaman dulu2 tu seronok? Apsal jadi berubah bila masa tu dah tiba? Logik akal pikir kan mestilah seronok sbb kita dapat tgk 'live' lagi.. camana kita gelakkan kawan masuk longkang, camana kita buat lawak sampai semua tergelak, camana kita main bola sampai dapat jaringkan gol berkali-kali, camana kita kacau budak pompuan. Takkan tak gembira???

Jawabnya dah ada dah pun.. sbb waktu tu kiraan untung rugi dibuat. Dibukakan buku untung dan ditunjukkan semua keuntungan yang pernah dibuat. Sama gak dengan buku akaun rugi tuh. Malangnya, kebanyakan perbuatan seronok dulu termasuk dalam akaun rugi. Gelakkan kawan jatuh longkang tanpa rasa kasihan dan ingin tolong, demi membuatkan orang ketawa lawak dipenuhi unsur lucah, main bola terbuka aurat, dok kacau pompuan berunsur seksual etc.

Aduhh azabnya hidup dunia dulu.. nape la aku tak cari untung? Waktu tu la kita dok pk itu ini begitu begini. Tapi, DIA kata dah lambat dah pun, nasi dah jadi bubur.. tapi kali ni bubur pun takleh nak makan sbb panasnya sampai menggelegak otak, air bubur tu pun takleh nak minum sbb hapak berbau nanah dan kahak.. (Uwekk..takleh citer lagi)

Jadi, mengapa perlu bernostalgia? Tak ke mana pun kita nih. Mengapa perlu kita agung2kan zaman muda dulu atau pun sebagai pemimpin, mengapa perlu kita terhimbau dengan pemimpin lepas yang hebat pada zamannya sampaikan kita takut untuk menjadi pemimpin? Eh, bukan ke kita patut pada hari ini memikirkan sesuatu yg lebih baik untuk hari ini dan esok lebih baik daripada hari ini. Ermm..dah naik muak dengar kata2 ni. Ramai sangat leh dok cakap pasal benda nih tapi.. hmm, aku sendiri pun tak berubah lagi. Astaghfirullah..

Aku pun taknak disebabkan nostalgia, kehidupan mendatang jadi buntu. Kita lemah dan rasa tak berdaya bila membandingkan diri dengan arwah Tunku Abd Rahman, Tun Razak, atau Fadhil Noor, dsb.. mereka ini penting untuk kita contohi tapi bukan untuk kita jadi macam mereka. Jadilah diri kita sendiri.. apa yang sesuai dengan zaman mereka mungkin tak sesuai dengan zaman kita.. Tau tak mesin fax hari ini bernilai RM300 dahulunya dalam zaman 70-an bernilai RM32000? Mesti tak caya kan.. tapi itulah perubahan zaman yang berlaku. Kalau mesin itu pun berubah, apatah lagi manusia.. kalau dulu datuk nenek moyang pakai kain batik pi mengaji bertudung guna kain pelekat (betul ke ejaan nih..?), takkan hari ini pun begitu?

Wahai anak muda, marilah kita kenali diri dan upaya diri sendiri.. kita adalah kita, jadi buatlah apa yang kita rasa betul, bukannya apa yang org dulu2 kata betul.. (betul ni mesti berlandas syarak gak le.. bukan dok betul ikut kepala sendiri) Tapi tak bermakna takleh nak wat camana diorang buat.. boleh cuma perlu modifikasi ikut kesesuaian zaman.. dan jangan agung2kan saja org dulu sampai merendah-rendahkan zaman kita sendiri.

Wallahu a'lam.

Salah ke?

Sukan Extreme.. itulah nama yang diberikan bagi sang lasak yang macam mamat ni. Skateboard ni antara permainan ekstrem yang cukup popular. Tapi salah ke diorang main sukan macam ni? Erm, orang tua-tua kalau tengok bebudak lasak ni memang selalu di'cop' sebagai budak nakal..ada kata budak jahat. Ish ish ish kesian diorang ni. Sebab apa orang cakap diorang camtu ye? Mestilah ada sebabnya. Yelah, pakaian compang-camping, ada yang koyak sana koyak sini. Adakalanya jugak tak malu dok berlenggeng. Tambah plak main waktu senja sampai dah masuk maghrib. Mulut plak mudah je lepas dok mencarut dan maki hamun. Ada gak yang siap awek menyibuk dok lepak sama sambil bertepuk mesra tanpa segan silu depan orang ramai. Pakaian si awek pun macam si laki yang tak cukup kain pakai baju nampak ketiak. Hmm.. patutlah diorang nampak jahat, nakal, kurang ajar etc.

TAPI...

Bagaimana plak kalau yang main tu orang baik? Kalau taknak dipanggil baik pun, orang tu bukan orang jahat lah. Diorang main pakai seluar labuh..baju pun sopan. Cakap takde dok mencarut dan maki hamun. Main pun pada waktu yang sesuai tak lah sampai terlajak maghrib. Takde dok kacau anak dara atau bawa pompuan sama sambil bermesra tanpa batasan. Bahkan terjatuh pun dok sebut, "Ya Allah". Bila lalu depan orang tua, siap bagi salam tu. Surau pun datang.. kopiah takde la pakai waktu main skateboard. Pendek kata, semua yang dikatakan orang tua budak jahat tu takde langsung pada riak wajah dan perangai mereka.

Jadi, adakah orang tua akan terima mereka sebagai budak baik? Atau memang permainan ekstrem itu sendiri yang dikatakan 'jahat' atau buruk dipandang mata? camana ye?

Dilema sungguh si muda yang bermain skateboard kalau begini. Mengapa disalahkan pada skateboard sedangkan itu juga sukan moden. Bahkan, ada baiknya si muda yang rasa dirinya baik tu bermain skateboard gak sebab dari situ orang lain akan contohi dia.

Sampai bila mereka yang 'jahat' nak disisihkan? Takkan kita nak haramkan main skateboard? Hmm, takde jalan pintas dalam banyak perkara.. kena kreatif sket la kot. So, kepada sesape yang main skate tu, jangan rasa bersalah la. Aku sokong korang.. tapi yang penting, jangan jadi 'jahat'..biar korang conquer suasana supaya kita semua tak jadi 'jahat' atau dipandang 'jahat'..
HIDUP ORANG MUDA

Sedapnya lauk..



Hmm.. bulan posa ni memang macam-macam ragam. Sebagai seorang pelajar yang belum punya income yang baik, otak mesti geliga. Macamana agaknya untuk kurangkan bajet makan minum bulan Ramadhan. Ya, hanya dengan RM4 sahaja dibelanjakan sehari. Percaya? Hmm memang boleh percaya pun.

Orang KL ni cukup pemurah. Sudah menjadi budaya kebanyakan masjid dan surau berlumba-lumba bagi sumbangan iftar kepada jemaah masjid. Sayang sekali ianya bukan budaya di seluruh Malaysia (kalau tak, bolehlah kawan-kawan MMU aku kat Melaka tu save budget gak). Lauk-pauk pun cukup meriah.. macam lauk-pauk majlis kahwin pun ada. Sampaikan muak pula makan ayam. Tapi, rezeki ni pemberian Tuhan, jangan dok merungut kann.

Memang dah jadi kebiasaan setiap kali Ramadhan, aku sering bertukar-tukar masjid dan surau untuk iftar dan tarawih. Masjid KLCC, masjid syakirin, masjid di kawasan gombak (pun dah ada 3), masjid wilayah persekutuan (jln duta), dan beberapa surau.. Agaknya disebabkan semangat Melayu aku yang masih kuat yang membuatkan aku menggagahkan diri menunggang motosikal (yang tak basuh2 dah lama tu) meredah kedinginan malam bersama embun membasahi seat moto (yang perlu dilap sebelum naik) tatkala pulang dari masjid.

Yelah, aku teringin sangat mendengar sayup2 bacaan Allahumma solli 'ala muhammad... sollu alaihhh. al khalifatul awwal amirul mukminina sayyidina abu bakr as-siddiq... radiyallu 'anhu

Orang Melayu ni memang pentingkan syiar Islam itu. Itu pasal ada baju Melayu, songkok etc yang melambangkan Islamnya Melayu. Dari syiar inilah yang menggalakkan umat Melayu itu dekat kepada ajaran Islam (syariat). Memang ada yang mengatakannya bidaah. Namun, andaikata kebanyakan adat ini tidak dilakukan (bahkan sudah terbukti), ramai anak melayu tidak tertarik untuk mendekati ajaran Islam. Entahlah, aku suka cara begini yang nampak halus dan aku tidak merasakan ini adalah ibadah khususiah cuma ia adalah methodologi dakwah seperti nasyid yang bukannya ibadah khusus tapi tarikan untuk orang mendekati Islam. Aku suka pendekatan ala Wali Songo.

Hmm, ada kelas plak..rasa macam nak taip lagi tapi takpelah nanti ada masa aku taip la apa yang patut.

Salam Ramadhan al Mubarak dan Selamat Berbuka Puasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...