26 Januari 2010

Musim dingin di Guangzhou

Sudah seminggu kami berada di bumi asing ini. Permulaan yang agak payah kerana suhu dingin yang jarang sekali dirasakan. Mengambil masa untuk sesuaikan diri.

Terkadang pening kepala dibuatnya apabila suhu mencecah 8 darjah Celcius. Cepat-cepat kami masuk semula ke rumah selepas membeli barangan keperluan.

Mesin pemanas terpasang hampir 24 jam tanpa henti sejak kami membelinya. Suhu di dalam rumah juga tidak tertahan dek badan khususnya kaki dan tangan. Hendak atau tidak, kami terpaksa harungi situasi ini lagi 2 bulan.

Jumaat lepas suhu mencapai 12 darjah Celcius. Aku gagahkan diri ke masjid untuk tunaikan solat Jumaat. Kedinginan lebih dirasai apabila angin bertiup kuat. Hujan rintik turut membasahi bumi Guangzhou pada waktu itu.

Masjid Saad Abi Waqqas mempunyai ruang solat yang sangat kecil. Pada hari Jumaat, tikar dihamparkan di ruangan pejalan kaki dan lapangan berhampiran.

Hujan yang terus turun memaksa jemaah mendengar khutbah dan menunaikan solat dalam kebasahan. Aku tanggalkan stokin yang dipakai agar air tak meresap. Dinginnya tak dapat aku gambarkan.

Di sinilah terletaknya maqam pakcik baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang juga sahabat baginda. Saad bin Abi Waqqas berhijrah ke Kanton (nama lama bagi Guangzhou) pada tahun 650 dalam era pemerintahan Khalifah Uthman.

Kedatangan beliau telah menyebabkan rahmat Islam tersebar luas. Boleh dikatakan hampir setiap tempat yang dituju, pasti ada Muslim. Malah terdapat beberapa negeri dengan majoriti penduduknya Muslim seperti Xian, Xinjiang, Yunnan, Lanzhou, dan Ningxia.

Sesudah menunaikan solat, aku sempat membeli dua buku roti di pasar yang dibuka pada hari Jumaat di luar perkarangan masjid. Aku sudah serik membeli roti di kedai biasa.

Dahulu kami dapati pembuatan roti di sini menggunakan minyak babi. Jelas tertera di pelekat yang menjelaskan bahan-bahan ramuan. Roti yang tinggal hanya beberapa keping. Yang lainnya sudah dimakan rakan-rakanku yang lain.

Roti halal di pasar ini dikeluarkan oleh Medina Food, salah satu syarikat milik pedagang Arab yang membekalkan pelbagai makanan berasaskan roti. Kini aku sudah tahu di mana untuk dapatkan roti halal walaupun tak selembut Gardenia.

8 ulasan:

mnr berkata...

Salam Suhail dan isteri,

Semoga tabah menghadapi apa jua cabaran di China dan teruslah menganyam mimpi-mimpi agar menjadi realiti.

"Kau tahu, orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu"

"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati". - Andrea Hirata, Sang Pemimpi -

Sahalfikri berkata...

Salam Nadmin,

Samakah mimpi dan impian? Atau mimpi yang dimaksudkan sama spt angan2 yang akan mendorong unconscious mind utk bertindak ke arah apa yang diangan2kan?

Terima kasih atas semangat yg diberikan.

ainShahajar berkata...

wowow..
dicadangkan beli lg alat pemanas

takot yg tu rosak secara tiba2..

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: cadangan yg baik tp cadangnya begini, kalau rosak baru beli lagi. ngee..

Tanpa Nama berkata...

salam suhail,

sedap nampak buah oren merah kat sana...

selamat merantau di negeri org...

hammad

nadmin berkata...

mimpi dulu, pasang impian..dan usaha untuk mencapai mimpi dan impian..

hammad: x nampak pun buah oren..buah tembikai ada la..hehe

rafi' berkata...

salam,

terigat kenangan pg ke masjid saad bin abi waqas tu.kecik jer masjid dia.masid dlm taman.cctv dia disalurkan trus ke kemetrian dlm negeri.masjid pn ditutup sampi kul 5.30.waktu mamghrib n isyak kna wat di rumah.kesian org islam di sana.fahaman komunis...

Sahalfikri berkata...

Wsalam Rafi'

Sdr sudah ke sini ya? Betul kata sdr tapi masih ada 3 masjid lain yang membenarkan kelima2 solat fardhu diadakan berjemaah. CCTV sekadar memantau kalau2 jadi kacau bilau dan sebarang gerakan yg cuba menyebarkan pengaruh.

Doa saudara seIslam sangat perlu untuk umat Islam di sini. Mereka khususnya di Xinjiang bagaikan nasib umat di Palestin.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular